Saturday, April 19, 2025

KM: Terus kekalkan perpaduan, bersama bangunkan Sabah

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bersama  Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Haji Kadzim M Yahya dan anggota jemaah menteri serta pegawai kanan kerajaan negeri semasa rakaman takbir Aidilfitri di Menara Kinabalu.

KOTA KINABALU: Rakyat di negeri ini diminta agar terus mengekalkan perpaduan dan bersama-sama mengukuhkan iltizam untuk membangunkan dan memajukan negeri ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Beliau berkata, kerajaan negeri yang dipimpinnya sejak lebih tiga tahun lalu telah mengharungi pelbagai bentuk ujian dan cabaran.

“Bermula serangan pandemik hinggalah membawa kepada isu ekonomi dan pergolakan politik. Namun, berkat kesabaran, kecekalan dan perpaduan dalam kalangan rakyat, semuanya kita hadapi dengan penuh tabah dan bijaksana.

“Dalam masa sama, saya juga berasa bangga kerana negeri Sabah yang dianugerahi kepelbagaian budaya dan kepercayaan, membolehkan kita hidup dalam keadaan aman dan saling menghormati antara satu sama lain.

“Keadaan ini telah membuka ruang yang luas untuk kita mengeksploitasi keupayaan diri dan membawa keluarga, masyarakat, negeri dan negara ke tahap yang lebih baik. Inilah pentingnya keamanan biarpun berbeza agama, budaya dan kepercayaan,” katanya dalam perutusan khas sempena Hari Raya Aidilfitri 2024 di sini pada Selasa.

Dalam masa sama, beliau turut mengingatkan rakyat agar tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada pasukan keselamatan dan pertugas barisan hadapan yang tidak pernah jemu berkhidmat demi untuk negara termasuk pada musim perayaan.

“Tidak dilupakan kepada mereka yang serba kekurangan untuk terus diingati dan dibantu terutama pada musim perayaan ini. Saat ini juga adalah masanya untuk kita saling kunjung mengunjungi untuk mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai.

“Sehubungan itu, saya bagi pihak keluarga, jemaah menteri dan kerajaan negeri mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh rakyat di negeri ini,” katanya.

Hot this week

Healthy lifestyle campaign to encourage new behaviour among UMS students

UMS Faculty of Social Sciences and Humanities Dean Professor...

SAREC 2025 to unlock new opportunities in Sabah renewable energy sector

KOTA KINABALU (: Qhazanah Sabah Berhad (QSB), a wholly-owned...

Mostly it is loss which teaches us about the worth of things

By C C PungJustice of Peace I used to reminisce...

Solution-Oriented Political Coalition to Build Sabah

By Chan Loong WeiDAPSY Sabah Chief KOTA KINABALU : -...

Jurulatih legenda bolasepak Sabah Stanley Chew cadang formula penuhkan stadium

Penulis bersama Stanley Chew dalam "kupi-kupi" di Tuaran baru-baru...

Topics

Comprehensive master plan for Sabah’s tourism sector – Joniston

KOTA KINABALU : - The Sabah Tourism, Culture, and...

Congratulations to Dr Jeffrey for getting RM5 milion to organise Kaamatan Festival 2025

By Datuk Michael Malanjun I wish to congratulate Datuk Seri...

Sabah Govt initiates tourism development for Pulau Berhala

Joniston...development to focus on 168 hectares of coastal area. KOTA...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img