Sunday, June 15, 2025

Tun Juhar, Hajiji tunai solat Aidilfitri bersama lebih 3,500 jemaah di Masjid Negeri

KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah RM Jasni menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama lebih 3,500 jemaah di Masjid Negeri di sini pada pagi Rabu.

Juhar dan isteri tiba di masjid itu pada jam 7.20 pagi dengan disambut oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Turut menyambut ketibaan Juhar Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Hadir sama solat sunat Aidilfitri di masjid itu Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam dan Mufti Negeri Sabah Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar.

Solat diimamkan Imam Besar, Suhaidi Kuanting manakala Bungsu menyampaikan khutbah bertajuk Azam Lakukan Perubahan Capai Kemajuan.

Selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri, Juhar turut bersalaman bersama jemaah di masjid berkenaan.

SEMENTARA itu, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif menyeru rakyat untuk bersama-sama memanfaatkan sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi mengeratkan hubungan silaturrahim dan memperkasa keharmonian pelbagai kaum di Sabah.

Beliau berkata, Sabah terkenal dengan kepelbagaian kaum yang sentiasa hidup harmoni dan meraikan perayaan tanpa perbezaan fahaman agaman.

“Saya meminta agar rakyat di Sabah khususnya memanfaatkan Aidilfitri ini bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan terus memperkasa keharmonian dalam kalangan kita.

“Seperti mana yang kita maklum bahawa negeri Sabah khususnya masyarakat kita sentiasa hidup harmoni di kalangan pelbagai kaum dan berbeza agama, kita tetap meraikan.

“Ini yang perlu kita pertahankan sempena bulan Syawal yang mulia ini. Perbanyakkan silaturrahim, ziarah menziaraho dan manfaatkan nilai berkenaan dengan menyambung silaturrahim sesama kita dan perpaduan,” katanya.

Hot this week

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...

Kerajaan disaran bantu industri media tempatan hadapi cabaran semasa

Datuk Lichong Angkui berucap di majlis kemuncak sambutan Hari...

Topics

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...

Kerajaan disaran bantu industri media tempatan hadapi cabaran semasa

Datuk Lichong Angkui berucap di majlis kemuncak sambutan Hari...

Let’s not rewrite history: The real backdoor Chief Minister was Shafie Apdal

Commentary by Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos MalakunSabah Economic...

Stronger social media influence in the 2025 Sabah elections

Ch'ng...traditional media may continue, but the dissemination of information...

Local veteran journalist supports the holding of HAWANA in Sabah next year

Bingkasan...HAWANA has been celebrated four times in Peninsular Malaysia...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img