Thursday, November 21, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Pembersihan terowong Hidro Pangi dijangka siap 1 Jun – Madius

KOTA KINABALU: Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata kerja pembersihan Stesen Janakuasa Hidro Tenom Pangi (SJHTP) dijangka siap pada 1 Jun ini.

Pengerusi Sabah Electricity Board Sdn Bhd (SESB) itu berkata stesen berkeupayaan membekalkan sekitar 60MW tenaga elektrik kepada kawasan Keningau, Tambunan, Beaufort dan Tenom.

Sekarang ini sedang berjalan kerja kerja membersihkan lumpur dan kayu yang masih terdapat di bahagian “power house” dan “surge tank” distesen itu.

“Saya telah mengadakan lawatan ke stesen Janakuasa Hidro Tenom Pangi (SJHTP) pada April 8 bagi melihat sendiri perkembangan kerja-kerja pembaikan yang sedang giat dijalankan,” Madius berkata dalam kenyataan.

Menurutnya lima pasukan sedang bertungkus-lumus menempuh jarak lapan kilometer keseluruhan untuk pergi dan balik berulang kali di dalam terowong bagi membersihkan lumpur dan kayu yang masih terdapat di bahagian “power house” dan “surge tank.”

Katanya, pihak SESB bersama kontraktor juga telah berinovasi menggunakan kaedah yang tidak melibatkan sebarang aktiviti peletupan untuk tujuan penghancuran batu-batu besar bagi memudahkan proses pengalihannya.

“Dalam lawatan ini, saya telah disertai oleh sahabat saya Ahli Parlimen Tenom, Riduan Rubin di mana perbincangan mengenai mengadakan doa selamat telah diutarakan.”

Sekiranya semuanya berjalan dengan lancar, stesen ini
dijangka siap pada 1 Jun tahun 2024 dengan keupayaan membekalkan sekitar 60MW tenaga elektrik kepada kawasan Keningau, Tambunan, Beaufort dan Tenom.

“Bersama-sama kita doakan agar kerja-kerja pembaikan ini berjalan dengan lancar dan kesemua petugas akan sentiasa dilindungi,” tambah Madius

Popular Articles