Saturday, July 27, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Ranau tuan rumah pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri pada 1 Mei

RANAU: Dr Joachim Gunsalam berkata Kerajaan telah dipilih pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri 2024 pada 1 Mei.

Timbalan Ketua Menteri itu berkata jawatankuasa pelaksana yang diketuai oleh Pegawai Daerah Ranau sebagai Pengerusi mengadakan mesyuarat setiap minggu sebagai persediaan pelancaran pesta tersebut.

Dr Joachim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kundasang berkata demikian pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Mesra SMJ di Kampung Merungin pada Jumaat (12 April).

Dr. Joachim berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana memilih Ranau sebagai hos kepada pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri bagi tahun ini.

Menurutnya, semua agensi-agensi kerajaan dan persatuan etnik seperti Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA), Persatuan Dusun Sabah Bersatu (USDA) dan beberapa lagi persatuan etnik di Ranau dilibatkan secara langsung dalam pelancaran Pesta Kaamatan ini.

“Pelancaran Pesta Kaamatan akan diadakan di Dewan Masyarakat Ranau manakala bagi aktiviti lain seperti sukan rakyat akan diadakan di tapak tamu pekan Ranau.

“Sepatutnya, pelancaran diadakan secara besar-besaran dan kita bersedia menggunakan lapangan terbang lama tetapi, setelah berbincang dan berdasarkan keadaan kini di mana semua harga barang meningkat dan rakyat mengadu kos sara hidup turut meningkat, maka kita telah mengambil pendekatan sederhana.

“Sebagai mewakili Pengerusi Pelaksana dan semua wakil rakyat daerah Ranau saya menjemput seluruh rakyat di Sabah untuk hadir menyaksikan pelancaran Pesta Kaamatan yang akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor,” katanya.

Popular Articles