Monday, June 30, 2025

Rumah roboh, ibu dan 13 orang anak hilang tempat tinggal

SANDAKAN: Seorang ibu dan 13 orang anaknya kehilangan tempat tinggal selepas rumah mereka di perkampungan air di Jambatan 6, Kampung Air, Karamunting dekat sini roboh pada malam Isnin (15 April) lebih kurang jam 8 malam.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin, mangsa Maili Lait iaitu seorang surirumah berada di rumah bersama anak-anaknya pada waktu kejadian itu.

Suami Maili, Herman Modjahirin tidak ada di rumah kerana bekerja di Kuala Lumpur.

“Saya difahamkan Maili membawa anak-anaknya keluar dari rumah tersebut apabila mendengar bunyi retakan. Mujurlah mereka sempat menyelematkan diri dan tidak ada yang cedera di dalam kejadian ini,” kata George di dalam sebuah kenyataan.

George berkata keluarga tersebut telah bermalam di rumah saudara yang berdekatan pada malam kejadian, dan telah dipindahkan ke balairaya Kampung Karamunting buat sementara waktu pada keesokan paginya (Selasa).

Difahamkan kakitangan daripada pihak Majlis Perbandaran Sandakan dan Jabatan Kebajikan Sandakan juga telah melawat keluarga mangsa, di samping membincangkan jalan untuk membantu keluarga tersebut.

George yang berada di Kota Kinabalu pada waktu kejadian berkata beliau telah menghantar pasukan beliau, ADUN Karamunting Task Force Team untuk melawat keluarga tersebut pada keesokan paginya.

“Saya telah menyampaikan bantuan makanan kepada keluarga ini kerana mereka tidak mempunyai apa-apa selepas bencana tersebut berlaku.

“Setelah sampai tiba ke Sandakan, saya juga telah pergi melawat mereka untuk memberikan sedikit sumbangan kepada mereka.

“Mangsa merupakan keluarga yang susah. Saya akan mencari jalan untuk mencari bantuan kewangan kepada beliau, di samping membantu keluarga beliau dari semua sudut agar mereka terus kuat dalam menempuhi kejadian ini,” katanya.

Hot this week

Hajiji: No immediate action against Dr Yusof, Andi pending legal process

GRS government will not interfere in court case involving...

2 assemblymen, a businessman pleaded not guilty to corruption

Sindumin assemblyman Datuk Dr Yusof Yacob (left) seen arriving...

Dr Jeffrey denies RM1.78 million mining scandal claim

Mulls legal action against news outlet, saying anonymous whistleblower...

PKR Penampang puji sikap PM

Joseph Chang...sikap Perdana Menteri menunjukkan keperibadian terpuji. PENAMPANG: PKR cabang...

Six more Sabah politicians implicated in corruption

KOTA KINABALU : - Six more politicians in Sabah...

Topics

Judicial review – Peter Anthony’s fate will be known on July 9

KOTA KINABALU : - The fate of former Sabah...

MCA Libaran Urges PM to Review New SST Implementation

Chin...list of taxable goods to over 4,000 items would...

SANDAKAN : - Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong, menggesa...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img