Saturday, July 27, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Ahmad Zahid Hamidi ucap takziah kepada Arthur Joseph Kurup

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Khamis merakamkan ucapan takziah kepada Datuk Arthur Joseph Kurup dan keluarga.

“Bagi pihak Barisan Nasional, saya ingin merakamkan ucapan mengsetinggi-tinggi takziah kepada Datuk Arthur Joseph Kurup dan keluarga dalam menghadapi ujian ini,” katanya dalam kenyataan di sosial media hari ini.

Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia pada Rabu.

“Semoga segala kenangan dan kasih sayang yang dikongsi bersama sahabat baik saya, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, menjadi kekuatan keluarga dalam detik duka ini,” katanya.

Zahid berharap agar semangatnya terus hidup dalam hati kita.

Menurutnya, mendiang merupakan seorang rakan yang pernah berada bersama dalam Kabinet, seorang teman yang sentiasa bersemangat mendukung obor perjuangan parti tatkala susah dan senang.

“Pemergian beliau pastinya meninggalkan seribu satu kenangan buat saya dan rakan-rakan seperjuangan,” tambahnya.

Popular Articles