Saturday, July 27, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

MoU PBS dan STAR kukuhkan wibawa GRS di hati rakyat – Jalumin

KOTA KINABALU: Memorandum Persefahaman antara dua Parti yang bernaung di bawah payung kepimpinan Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa GRS mampu memimpin serta melindungi mereka.

Ketua Penerangan Parti Star Sabah, Datuk Jalumin Bayogoh menyatakan bahawa MoU ini bukan sahaja merupakan jambatan kerjasama antara PBS dan STAR malah membuka ruang persefahaman yang lebih erat dengan parti-parti lain yang berada dalam GRS.

Dua parti yang mempunyai kelebihan dan mempunyai tempat istimewa di hati rakyat Sabah ini telah meletakkan perbezaan politik masing-masing dan merendahkan hati untuk bersatu demi membawa perubahan positif dan kestabilan landskap politik Sabah.

Keputusan ini juga mencerminkan kematangan politik dan kesedaran di kalangan pemimpin PBS dan STAR bahawa untuk mencapai matlamat yang besar, perbezaan politik dan kepentingan peribadi perlu diabaikan dan fokus kepada kepentingan rakyat dan pembangunan negeri.

Menurut Jalumin lagi, kerjasama antara PBS dan STAR ini membuka peluang untuk memperluaskan pengaruh politik GRS di seluruh Sabah.

Dengan kekuatan PBS dan STAR di berbagai kawasan, gandingan ini memberi peluang kepada GRS untuk memperluas sokongan politik di luar kawasan tradisional masing-masing dan memberikan kelebihan strategik dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

Ketua Penerangan Parti Star Sabah itu berharap agar melalui kerjasama ini akan wujud satu era baru dalam politik Sabah yang membawa manfaat yang besar kepada rakyat.

Popular Articles