Friday, July 11, 2025

Dua Pegawai Memerintah Skuadron antara 10 terkorban nahas helikopter TLDM di Lumut

KUALA LUMPUR — Dua Pegawai Memerintah Skuadron Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dikenal pasti antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Lumut, Perak, pagi tadi.

TLDM dalam kenyataan media mengesahkan 10 orang iaitu masing-masing tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM) dan tiga kru Fennec telah terkorban.

Nama-nama mereka adalah seperti berikut:
a. HOM (M503-3) – 4 orang kru dan 3 penumpang:
(1) Komander Muhammad Firdaus Ramli – Pegawai Memerintah Skuadron 503.
(2) Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin.
(3) Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi.
(4) Pegawai Waran II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun.
(5) Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy (penumpang).
(6) Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar (penumpang).
(7) Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia anak Rohna (penumpang).

b. Fennec (M502-6) – 3 orang kru:
(1) Komander Muhamad Amir Mohamad – Pegawai Memerintah Skuadron 502.
(2) Leftenan Sivasutan a/l Thanjappan.
(3) Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi.

TLDM berkata, pengurusan jenazah akan dilaksanakan dalam masa terdekat mengikut tradisi tentera laut.

“TLDM mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi Scoop berkata, jenazah mangsa telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh untuk bedah siasat.

Berdasarkan maklumat di Pusat Strategi Maritim dan Sejarah (Pusmas) TLDM, Muhammad Firdaus dilantik sebagai Pegawai Memerintah Skuadron 503 pada 15 Disember lalu.

Muhammad Amir pula dilantik Pegawai Memerintah Skuadron 502 pada 26 Julai 2022.

Dalam kenyataan sebelum ini, TLDM akan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian terbabit.

Terdahulu, Scoop melaporkan kedua-dua helikopter itu dilaporkan berlepas dari Padang Sitiawan pada jam 9.03 pagi tadi bagi menjalani latihan Sambutan Hari Armada Laut yang akan disambut pada awal bulan depan. – Scoop

Hot this week

Joint PBS-STAR  Convention 2025 on Saturday

Joniston...the convention is aimed at strengthening cooperation to secure...

A book by Chan Kang Yuen, 90, on his 60-year career as a journalist

By C C PungJustice of Peace My old friend Chan...

100 years of Dr Mahathir and his legacy

By Datuk James  Ligunjang J.P Former State Assemblyman  While Social Activist...

Demography Under Siege – A Call to Action

Datuk Henrynus Amin delivering his policy speech during ANAK...

Court sets Aug 20 to hear Peter Anthony’s bid for review

Datuk Peter Anthony seeks review of conviction ahead of...

Topics

Joint PBS-STAR  Convention 2025 on Saturday

Joniston...the convention is aimed at strengthening cooperation to secure...

A book by Chan Kang Yuen, 90, on his 60-year career as a journalist

By C C PungJustice of Peace My old friend Chan...

100 years of Dr Mahathir and his legacy

By Datuk James  Ligunjang J.P Former State Assemblyman  While Social Activist...

Demography Under Siege – A Call to Action

Datuk Henrynus Amin delivering his policy speech during ANAK...

Court sets Aug 20 to hear Peter Anthony’s bid for review

Datuk Peter Anthony seeks review of conviction ahead of...

Hajiji will dreams about the best date to dissolve the State Assembly

Hajiji speaking to the media at the State Assembly...

KGKS supports the call for KPM to provide guidelines for instructions via social applications

Murkam...teachers shouldn't be unnecessarily disturpbed after working hours by...

Sabah’s 40% Entitlement Case: Full Hearing on Monday – July 7

Datuk James Ligunjang...members of the public encouraged to attend...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img