Friday, May 17, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Pesta Kaamatan Kg Lobou 1 pada 19 Mei

Arimah Yaien

MANGGATAL: Pesta Kaamatan Kampung Lobou 1 Manggatal akan diadakan pada 19 Mei (Ahad).

Ahli Dewan Undangan Negeri N18 Inanam Peto Galim dijangka akan merasmikan pesta itu nanti.

Sempena perayaan itu para belia dan beliawanis telah menanjurkan Sukan yang telah berlangsung pada Rabu (1 Mei)

Program itu dikelola sepenuhnya oleh para Belia Beliawanis kampung tersebut.

Penasihat penganjuran program ialah Shamudi Surag dan Arimah Yaien.

“Seramai 80 orang kanak kanak,  belia dan beliawanis telah  menyertai aktiviti tersebut, ” kata Arimah.

“Sukan dewasa khas untuk ibu ibu dan  bapa bapa sempena Pesta Kaamatan juga akan diadakan pada 5 Mei,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Penglibatan para belia dan beliawanis dalam pengelolaan sukan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan awal agar mereka akan menerajui/pelapis kepimpinan Belia  Beliawanis di kampung.

Popular Articles