Andi (tiga kanan) ketika merasmikan Majlis Anugerah Usahawan Berjaya Amanah Ikhtiar Malaysia Tawau.
Oleh Nilam Raon
TAWAU: Usahawan wanita mikro, kecil dan sederhana (PMKS) mesti berani menceburi industri besar yang mampu menarik pelabur dalam dan luar.
Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan (MIDE) Sabah, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, kerajaan sentiasa menggalakkan penyertaan wanita dalam sebarang bentuk perusahaan.
“Wanita mesti keluar daripada zon selesa dan berani menceburi industry besar. Tiada perbezaan antara jantina dalam perusahaan. Hanya kecekalan dan keinginan serta semangat yang kuat untuk berjaya dalam segala jenis perniagaan yang diceburi.
“Usahawan berjaya mampu mencipta peluang bukan hanya bergantung kepada satu sumber untuk menjana ekonomi yang bukan sahaja memberi manfaat kepada diri sendiri dan keluarga tetapi juga masyarakat, negeri dan negara,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kalabakan berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Anugerah Usahawan Berjaya Amanah Ikhtiar Malaysia Tawau di sebuah hotel di sini malam Ahad.
Terdahulu beliau berkata, di bawah kementeriannya ada ruang dan peluang yang boleh dimanfaatkan usahawan selaras dengan kerjasama bersama kementerian dan agensi berkaitan.
Mengulas mengenai AIM, Andi berkata, agensi berkenaan membantu usahawan wanita untuk berusaha melalui kemudahan pinjaman.
“Selain pinjaman, AIM juga mengambil berat berkaitan isu kebajikan Sahabat dengan menyediakan bantuan kewangan yang boleh dituntut jika ditahan di wad hospital untuk rawatan,” tambahnya.
Ends
Caption:
1. Andi (tiga kanan) ketika merasmikan Majlis Anugerah Usahawan Berjaya Amanah Ikhtiar Malaysia Tawau.