Friday, May 17, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

MPS dinobat ASEAN Clean Tourist City Peringkat Kebangsaan 2024/26

SANDAKAN: Sandakan telah menerima penghargaan bagi ASEAN Clean Tourist City Standards 2024-2026 peringkat kebangsaan.

Menurut satu kenyataan Majlis Perbandaran Sandakan, Anugerah tersebut telah diterima pada majlis Anugerah Standard Pelancongan ASEAN di Cyberview Resorts and Spa, Cyberjaya pada 29 April 2024.

Penarafan yang diadakan setiap dua tahun tersebut memberi pengiktirafan kepada kerja keras pemain industri pelancongan di dalam usaha meningkatkan kapasiti sektor pelancongan selaras dengan standard ASEAN.

Penghargaan ini menunjukkan usaha pihak majlis di dalam memastikan Sandakan sebagai sebuah bandar pelancongan yang bersih dan sejahtera.

Syabas dan tahniah juga kepada semua agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam pengumpulan data dan maklumat semasa sesi penilaian tahun lepas.

Kriteria yang dinilai bagi melayakkan Sandakan menerima anugerah ini adalah:

  1. Urban Planning.
  2. Cleanliness.
  3. Waste Management.
  4. Awareness on Environmental.Protection and Cleanliness.
  5. Green Spaces.
  6. Health Safety and Urban Safety and Security.
  7. Tourism Planning, Infrastructure and Facilities.

Popular Articles