Friday, May 24, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

IMAGO taja lokasi pertandingan Unduk Ngadau Bandaraya Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Pusat membeli belah terkemuka IMAGO Shopping Mall diumumkan sebagai penaja lokasi bagi penganjuran Pertandingan Unduk Ngadau Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu Tahun 2024.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Sabin Samitah berkata demikian dalam satu majlis penyerahan ‘Mock Cheque’ bernilai RM200,000 daripada IMAGO Shopping Mall di pejabatnya di sini pada Rabu.

IMAGO Shopping Mall yang diwakili Pengarah Eksekutif, Asian Pac Holdings Berhad Dr. Raymond Yu Tat Loong berkata, pihaknya amat berbesar hati untuk sekali lagi menjadi penaja lokasi yang bakal menyaksikan penampilan khas 15 Finalis dalam Linundus Kaamatan dan Pertandingan Akhir Unduk Ngadau peringkat Bandaraya Kota Kinabalu.

Acara Linundus Kaamatan akan diadakan pada 17 Mei jam 1 petang dan Pertandingan Akhir Unduk Ngadau Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu akan berlangsung pada 18 Mei bermula jam 1  petang.

Raymond berkata, kemeriahan sambutan Pesta Kaamatan di pusat beli-belah itu sudah pasti akan bertambah maknanya dengan penganjuran Linundus Kaamatan dan Pertandingan Akhir Unduk Ngadau, sekaligus mementaskan keunikan dan kepelbagaian etnik negeri Sabah kepada pelancong dalam dan luar negeri.

Dalam pada itu, Sabin yang juga Pengerusi Jawatakuasa Pesta Kaamatan Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu turut mengundang orang ramai untuk hadir beramai-ramai bersama keluarga menyaksikan perjalanan kedua-dua acara berprestij ini.

Katanya, penglibatan IMAGO Shopping Mall sebagai rakan strategik dan penaja lokasi Pertandingan Unduk Ngadau Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu pada tahun ini merupakan penglibatan kali kedua, setelah penganjuran kali pertama di pusat beli-belah itu diadakan pada tahun 2023.

Hadir sama menyaksikan penyerahan ‘mock checque’ ini adalah Ketua Pengarah (Sektor Pengurusan Kewangan) DBKK selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Program Sr. Lifred Wong, dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Korporat (JHEK) DBKK selaku Setiausaha Jawatankuasa Pelaksana Program Dr. Benedick Oliver Lidadun. – Sabah Media

Popular Articles