Friday, May 24, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Pengarah JSJN adakan kunjungan hormat ke atas PJP Sabah

KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Khaw Kok Chin telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pesuruhjaya Polis (PJP) Sabah, CP Datuk Jauteh Dikun di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, di sini, pada Selasa.

Ia bersempena perjumpaan bersama warga JSJN dan juga merupakan lawatan rasmi beliau yang pertama ke Kontinjen Sabah sejak mengambil alih jawatan sebagai Pengarah JSJN pada bulan Mac yang lalu.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Narkotik (Pelucuthakan Harta/Perundangan/Tahanan), DCP Mohd Zani Che Din, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, DCP Datuk Shahurinain Jais dan Timbalan Pengarah Narkotik (Penguatkuasaan/Pencegahan/Kepolisan Am) Bukit Aman, SAC Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali.

Sumber: PDRM Sabah

Popular Articles