Saturday, July 27, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Dr Yusof terima kunjungan delegasi Majlis Perniagaan AS-ASEAN

KOTA KINABALU: Delegasi Majlis Perniagaan Amerika Syarikat (AS) – ASEAN hari ini mengadakan kunjungan hormat terhadap Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad (QSB) Datuk Dr Yusof Yacob bagi menerokai kerjasama perniagaan dan pelaburan di Sabah.

Pada kunjungan itu di pejabat QSB di Menara Kinabalu, Majlis Perniagaan Amerika Syarikat (AS) – ASEAN diketuai Naib Presiden Kanan dan Pengarah Urusan Serantau Brian McFeeters bersama Pemangku Pengarah Urusan dan Ketua Perwakilan Negara-Malaysia Tina Jamaluddin, Rakan Bersekutu Pelancongan Malaysia Ethan Rozario dan Perwakilan Kanan Negara Malaysia Emma Tabatabai.

Delegasi ini turut disertai Pengarah Komunikasi Asia Pasifik Bell Textron Eugene Tan, Ketua Penglibatan Strategik Coca-Cola (Singapura, Malaysia & Brunei) Noel Meldan, Pengurus Hal Ehwal Awam, Komunikasi dan Kemampanan Coca-Cola Wan Ahmad Syazwan Mohamed dan Ketua Hal Ehwal Kerajaan dan Kelestarian Zuellig Pharma Azeem Shah Mashood Shah.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Invest Sabah Berhad Dr Firdausi Suffian dan Ketua Pegawai Komunikasi Datin Nirvana Jalil Ghani.

Taklimat perniagaan QSB disampaikan oleh Pengurus Besar Jabatan Pelaburan dan Perniagaan Strategik QSB Muhamis Marsadek

Popular Articles