Monday, June 17, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Semua presiden parti sebulat suara terima PCS jadi komponen GRS – Masidi

KOTA KINABALU: Kesemua presiden parti secara sebulat suara menerima Parti Cinta Sabah (PCS) menjadi komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung GRS Datuk Seri Masidi Manjun bahawa PCS yang diketuai oleh presiden parti, Senator Tan Sri Anifah Aman telah membuat permohonan secara rasmi untuk menyertai sebagai komponen baru dalam GRS.

“Kesemua presiden parti secara sebulat suara menerima PCS menjadi komponen GRS,” katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Komponen GRS terkini ialah Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) dan Parti Cinta Sabah (PCS).

Menurut Masidi, penyertaan PCS, sebuah parti lokal merupakan satu langkah penting dalam mengukuhkan lagi kesatuan dan perpaduan politik di Sabah.

“Kami percaya bahawa dengan kerjasama yang lebih erat, kita dapat mencapai matlamat bersama untuk membangunkan negeri Sabah ke arah yang lebih makmur dan sejahtera. Selari dengan prinsip “Sabah First”, GRS kini semakin kukuh dan bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran demi memastikan kesejahteraan dan kemakmuran Sabah tercapai,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengalu-alukan rakyat Sabah memberikan sokongan padu kepada GRS untuk kesejahteraan rakyat di negeri ini.

“Kami berharap agar rakyat Sabah memberikan sokongan padu kepada GRS dalam usaha kita untuk membina masa depan yang lebih cerah dan sejahtera untuk semua,” ujarnya.

Popular Articles