Saturday, July 27, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Lelaki hilang ditemukan lemas di Kinabatangan

KINABATANGAN: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika menjalankan kerja-kerja memasang kabel besi di Sungai Ulu Segama, di sini, Selasa lalu, ditemukan lemas.

Mayat mangsa, Lee Bon Sin, 51, ditemui oleh orang awam pada jarak 500 meter dari Ladang AAP Plantation, kira-kira jam 11 malam Rabu.

Pusat Gerakan Operasi (PGO)
JBPM Sabah terima laporan melalui MERS999 terdapat seorang mangsa dilaporkan hanyut semasa menjalankan kerja-kerja pemasangan kabel besi di sungai Ulu Segama, Kinabatangan.

Menurut pemanggil 3 orang mangsa menaiki bot untuk memasang kabel besi namun disebabkan arus sungai yang deras bot yang dinaiki mereka telah hanyut.

Dua orang mangsa berjaya menyelamatkan diri manakala seorang lagi mangsa dilaporkan hanyut.

Pasukan Bomba berada dilokasi kejadian bagi mendapatkan maklumat dan seterusnya menjalankan operasi SAR mencari mangsa menggunakan teknik surface water rescue sekitar 500 meter dari tempat mangsa dilaporkan hilang.

Komander Operasi Jasmani Osni
melaporkan mangsa telah berjaya ditemui oleh orang awam pada jarak 500 meter dari Ladang AAP Plantation sekitar jam 11 Rabu.

Pasukan Bomba ke lokasi kejadian bagi membantu mengangkat mangsa dan seterusnya menyerahkan mangsa kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.

Sumbar: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Popular Articles