Saturday, July 27, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Kenyataan Ketua Menteri dan AG Sabah berhubung tuntutan 40 peratus bercelaru dan kusut – Ronald

Datuk Dr Ronald Kiandee

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah kini mula menarik balik (backtrack) pendirian mereka berhubung tuntutan 40 peratus daripada Kerajaan Persekutuan selepas dihembat oleh rakyat Sabah.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, ini jelas apabila Kerajaan Negeri telah meletak beban kekhilafan mereka kepada peguam yang dilantik untuk mewakili mereka, Peguam Besar Sabah dan Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Kenyataan pada 24 Mei 2024 jelas menunjukkan Kerajaan Negeri Sabah telah menerima hujahan Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) untuk meneruskan semakan kehakiman, menarik balik semua hujahan locus standi SLS dan hujahan yang merujuk kepada Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan sebagai “aspirasi” dan bukan hak mandatori atau mutlak Sabah

“Jelas rakyat Sabah tidak boleh lagi menyandarkan harapan kepada Kerajaan  Negeri Sabah untuk perjuangkan hak rakyat Sabah dalam mendapatkan pulangan 40 peratus. Pendirian tidak konsisten dan kusut Kerajaan Sabah menyebabkan hal Sabah dikompromi dan amat merugikan rakyat Sabah secara keseluruhannya,” katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu..

Ronald yang juga Ahli Parlimen Beluran berkata, Peguam Besar Sabah melalui kenyataan bertarikh 24 Mei 2024 secara langsung telah mengesahkan perlantikan Tetuan F.T. Ahmad and Co. yang mewakili kerajaan negeri Sabah kerana dalam kenyataan tersebut Peguam Besar Sabah telah mengumumkan penamatan khidmat guaman tetuan berkenaan.

Justeru, katanya, amat jelas apa juga yang dihujahkan oleh peguam berkenaan dalam prosiding sebelum ini adalah merupakan hujahan dan pendirian Kerajaan Negeri Sabah kecuali jika kenyataan peguam itu dicabar oleh pasukan Peguam Besar Sabah dalam prosiding mahkamah seterusnya.

“Kenyataan Ketua Menteri Sabah dan Peguam Besar Sabah masing-masing bertarikh 17 Mei 2024 dan 19 Mei 2024 berkaitan strategi Kerajaan Negeri Sabah adalah senada dan seiring iaitu supaya Kerajaan Negeri Sabah berunding dengan Kerajaan Persekutuan dan bukan melalui mahkamah.

“Ini bertentangan dengan pendirian kononnya mereka gigih perjuangkan hak Sabah,” katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri Sabah lalai dalam menilai pendirian Kerajaan Persekutuan terhadap isu tuntutan 40 peratus ini walaupun mereka ini mengaku dalam Dewan Undangan Negeri bahawa mereka telah lapan kali mengutus permintaan untuk mendapatkan data kutipan cukai Sabah daripada kerajaan Persekutuan namun permintaan ini tidak dilayan oleh Kerajaan Persekutuan.

Popular Articles