Saturday, July 27, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Pokok ancam keselamatan pengguna Jalan Bontoi

Dahan pokok besar di bahu jalan Bontoi menjadi kebimbangan pengguna jalan

 Oleh Hardy Joe

TAMPARULI: Keselamatan pengguna Jalan Bontoi di sini dalam keadaan bahaya berikutan banyak pokok besar yang mempunyai dahan merimbun hingga menyelubungi laluan itu.

Jika angin kuat, pokok itu dikhuatiri boleh tumbang atau dahannya patah dan boleh menimpa kenderaan yang melalui jalan itu.

Ramai pengguna jalan meminta Majlis Daerah Tuaran (MDT) mencatas dahan pokok itu yang menutup laluan berkenaan kerana kewujudannya boleh mengancam keselamatan.

Penduduk, Salim Man, 56, bimbang setiap kali menggunakan jalan itu kerana keadaan pokok besar di sana yang sudah tua dan ada dahan serta akar yang sudah reput.

“Pernah berlaku serpihan dahan reput pokok jatuh berselerak di atas laluan. Jika tidak dilakukan sesuatu, saya bimbang dahan besar yang sudah reput itu akan patah dan menimpa kenderaan.

“Tindakan memotong bahagian pokok yang reput dan mengganggu laluan wajar dilakukan dengan cepat sebelum berlaku kejadian tidak diingini,” katanya.

Bulan lalu, seorang pemandu lelaki hampir terbabit dalam kemalangan selepas kenderaan yang dipandunya ditimpa pokok tumbang sewaktu melalui jalan berkenaan. Kenderaan mangsa mengalami kerosakan pada bahagian hadapan.

Sementara itu Halim Sulaiman, 62, mendakwa pernah berdepan dengan keadaan mencemaskan apabila beberapa dahan besar pokok reput jatuh ketika melalui jalan itu dua bulan lalu.

“Mujur saya sempat melepasi jalan itu dan selepas itu sebatang dahan reput jatuh di atas laluan berkenaan.

“Jika ketika itu ada motosikal atau pejalan kaki di kawasan itu, sudah pasti kejadian buruk boleh berlaku ke atas mereka,” katanya.

Beliau mahu pokok besar itu tidak perlu dimusnahkan tetapi mesti dirawat dengan membuang bahagian reput seperti dahan yang mengancam keselamatan lalu lintas.

Popular Articles