Friday, July 5, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

QSB sumbang RM200,000 untuk Tabung Pendidikan Negeri Sabah

Dr Yusof menyerahkan replika RM200,000 kepada Hajiji, sumbangan QSB untuk Tabung Pendidikan Negeri Sabah

KOTA KINABALU: Qhazanah Sabah Berhad (QSB) menyumbang RM200,000 untuk Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) pada Majlis Pelancaran Portal Tajaan Pendidikan Sabah di Dewan Auditorium Menara Kinabalu, hari ini.

Pengerusi QSB Datuk Dr Yusof Yacob menyampaikan sumbangan itu kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

QSB antara syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri yang menyumbang untuk TPNS pada majlis itu.

Kerajaan negeri telah menubuhkan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) yang dilancarkan pada 2 Jun 2023 untuk mengumpul dana bagi membolehkan lebih banyak peluang tajaan dapat disalurkan kepada anak-anak Sabah yang berjaya melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi.

Jumlah sumbangan dana yang terkumpul sebanyak RM55,700,000, seramai 5,040 orang pelajar telah mendapat bantuan dengan perbelanjaan berjumlah RM5,167,000

Popular Articles