KOTA KINABALU: – Satu gempa bumi kuat berukuran 6.6 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina pada jam 10:13 Khamis.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa berlaku pada kedudukan 154 kilometer (km) Tenggara dari Isabela City, Filipina dengan kedalaman 632 km.
Berikutan kejadian itu, beberapa gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Sabah antaranya sekitar Kota Kinabalu; Kota Belud; Putatan dan beberapa kawasan lain.
Bagaimanapun, gempa itu tidak mencetuskan ancaman tsunami kepada Malaysia.
Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam satu kenyataan menjelaskankan
gempa bumi kuat itu telah berlaku di Mindanao, Filipina pada jam 10:13 pagi, 11 Julai 2024.
Koordinat : 6.1° Utara dan 123.3° Timur Magnitud : 6.6
Jarak : 154km Tenggara dari Isabela City, Filipina
Kedalaman : 632 km
Gegaran dirasai di sekitar Sabah dan WP Labuan.
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Tindakan Pasukan BOMBA: –
Pasukan Bomba telah menjalankan pemantuan dan pengungsian bangunan di sekitar Daerah Kota Kinabalu, Daerah Penampang, Daerah Tawau, Daerah Sandakan, Daerah Ranau dan Daerah Kota Belud selepas berlakunya gegaran tersebut.