Tuesday, June 17, 2025

Empat kawasan di Sipitang masih dalam proses pengukuran dibawah Program PANTAS

Dr Yusof (tengah) berbual dengan Nizam dan Datuk Mohd Arifin Mohd Arif di Persidangan DUN Sabah.

KOTA KINABALU : Empat kawasan di Sipitang masih dalam proses pengukuran dibawah Program Penyukatan Tanah Anak Negeri Sabah (PANTAS).

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, kawasan tersebut di Kampung Maligan, Imui, Rundulang dan Mangayam.

“Empat kawasan ini dikenalpasti dan Jabatan Tanah dan Ukur sedang melakukan pengukuran dibawah PANTAS,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Undangan Negeri Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob, hari ini.

Dr Yusof meminta Nizam menjelaskan kawasan terlibat di DUN Sindumin dibawah PANTAS dan kriteria permohonan.

Nizam berkata, mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP), proses pengukuran hingga pengeluaran geran mengambil masa lapan bulan ke atas.

Beliau berkata, kriteria permohonan adalah tanah kerajaan telah diduduki oleh anak negeri secara turun temurun, keluasan tanah kurang 200 ekar, telah diusahakan oleh penduduk status anak negeri dan berusia 18 tahun ke atas dan keluasan setiap lot tidak lebih enam hektar.

Nizam yang juga ADUN Apas berkata, PANTAS dilaksanakan sejak 2011 bagi mempercepatkan proses pengukuran tanah anak negeri dan mengatasi masalah permohonan lama tertangguh dan bertindih.

“PANTAS terus dilaksanakan hingga tahun ini dan tahun seterusnya bagi menyelesaikan masalah permohonan tanah.

“Jika ada pihak tidak bertanggungjawab mendakwa geran tanah dikeluar oleh Kerajaan Tertentu adalah salah kerana program PANTAS dilaksanakan berterusan oleh Kerajaan untuk kepentingan rakyat,” katanya

Hot this week

Parti ANAK NEGERI Forges New Path with Youth Leadership Appointments

Trevor Marinking - Secretary General KOTA KINABALU : -  Parti...

The Case for Sabah’s Political Leadership, Dominance and Autonomy

By Datuk James Ligunjang JP Former State Assemblyman KOTA KINABALU :...

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Topics

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...

Kerajaan disaran bantu industri media tempatan hadapi cabaran semasa

Datuk Lichong Angkui berucap di majlis kemuncak sambutan Hari...

Let’s not rewrite history: The real backdoor Chief Minister was Shafie Apdal

Commentary by Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos MalakunSabah Economic...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img