Friday, December 27, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Tamu pusat ekonomi penduduk Tamparuli

Gerai menjual pelbagai sayur-sayuran kampung di tamu Tamparuli setiap Rabu.

Buah tarap banyak terdapat di tamu Tamparuli ketika musim buah.
Buah bambangan yang menjadi buruan penduduk tempatan banyak dijual di tamu Tamparuli.

Oleh Hardy Joe

Foto Mohd Syukrie Johary

TAMPARULI (Khamis 3 Ogos): Tamparuli terkenal disebabkan dua tarikannya iaitu jambatan gantung yang dianggap ‘legen’ dan tamunya yang berwarna-warni.

Pasar tamu Tamparuli di sini kekal sebagai pusat ekonomi penduduk di mana mereka memasarkan pelbagai hasil tanaman, produk kraf, makanan dan minuman sejak daripada dahulu lagi.

Tinjauan mendapati tamu setiap Rabu itu tidak pernah kekurangan peniaga dan hasil jualan sehingga menarik ramai pengunjung tempatan dan luar yang mencari barangan keperluan harian terutama makanan segar.

Tamu Tamparuli sinonim dengan sayur-sayuran kampung, buah-buahan dan ikan segar, malahan hampir semua yang dijual peniaga di situ adalah barangan segar.

Selain makanan, tamu Tamparuli juga menawarkan kedai-kedai yang menjual pakaian, peralatan kebun dan peralatan memasak.

Pendek kata, tamu Tamparuli ada hampir kesemuanya, dari ikan kering hingga buah tarap untuk memenuhi keperluan pengguna, yang gemar membeli-belah di kawasan terbuka.

Ada Lebih 100 gerai di dua lokasi berbeza di tamu Tamparuli yang menawarkan barangan dan makanan segar dengan harga berpatutan.

Bagi memenuhi keinginan penjual dan pembeli, Majlis Dearah Tuaran (MDT) yang sentiasa melakukan penambahbaikan tempat dan kemudahan pasar terbuka itu. Tamu beroperasi seawal jam 6 pagi dan berakhir sekitar jam 2 petang setiap Rabu.

Pengunjung, Jerinus Poulus, 44, mengakui mudah untuk berurus niaga di tamu itu, kerana hampir semua peniaga yang ada mudah mesra pelanggan.

“Urus niaga di pasar terbuka seperti tamu Tamparuli mudah, murah dan menyeronokkan. Banyak barangan boleh dibeli terutama makanan seperti ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan. harganya juga murah,” katanya.

Katanya, adalah menjadi satu kelaziman penduduk sekitar daerah ini mengunjungi tamu Tamparuli setiap kali pasar terbuka itu diadakan.

Mengikut sejarahnya, tamu Tamparuli mula diadakan sejak 1960-an dan kekal hingga sekarang, walaupun lokasi sudah berbeza dengan keluasan tapak juga bertambah luas.

Popular Articles