Thursday, November 21, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

PDRM komited tangani isu jenayah atas talian

KUALA LUMPUR : – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) komited dalam menangani isu jenayah atas talian bagi memastikan internet termasuk media sosial lebih selamat untuk semua.

Pengarah JSJ Bukit Aman, CP Dato’ Sri Mohd Suhaily Mohd Zain dan Timbalan Pengarah (Cyber Crime), JSJK Bukit Aman, DCP Dato’ Dr. Lim Joo Soon hadir bersama Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Datuk Raja Nurshirwan Zainal Abidin memberikan taklimat berkenaan isu tersebut yang dipengerusikan oleh Menteri Komunikasi Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil.

Perjumpaan yang diadakan adalah bagi mencari jalan penyelesaian dan langkah dalam membanteras isu jenayah atas talian yang membimbangkan yang mana trend tersebut turut menunjukkan jenayah tradisional sudah mula berpindah ke alam siber, termasuk media sosial.

Isu jenayah dalam talian sangat membimbangkan. Trend menunjukkan jenayah tradisional telah mula ‘berpindah’ ke cyberspace termasuk media sosial.

Pagi ini saya mendengar taklimat bersama Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, dan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, ” jelas Fahmi dalam satu kenyataan pada Jumaatm

” Insya-Allah kita akan usahakan yang terbaik untuk memastikan internet termasuk media sosial lebih selamat untuk semua, katanya.- PDRMsia_Official

Popular Articles