Monday, September 16, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Pelajar cemerlang terima insentif darpada Vivian Wong

SANDAKAN : – Seramai 52 lepasan SPM 2023 bersekolah dan tinggal dalam kawasan Parlimen Sandakan yang memperoleh keputusan 7A dan ke atas menerima insentif pendidikan menerusi Program Pencapaian Terbaik SPM 2023 (Programme SPM High Achievers 2023).

Insentif ini diperkenalkan oleh Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee untuk pelajar yang terlibat dalam kawasan beliau.

Penerima masing-masing 4 lepasan SPM 2023 yang mendapat keputusan 11A, 13 pelajar mendapat 10A, 12 pelajar dengan 9A, 14 pelajar dengan 8A dan 9 pelajar memperoleh keputusan 7A.

Jumlah insentif itu bernilai keseluruhan RM45,700 dimana pelajar terlibat menerima antara RM 700 hingga RM 1100 mengikut pencapaian masing-masing.

Ia disampaikan Vivian kepada kesemua penerima dan wakil pelajar itu di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen P186 Sandakan pada Sabtu.

Jelas Vivian, selain membantu sedikit perbelanjaan pelajar terlibat untuk melanjutkan pengajian tinggi, insentif pendidikan itu juga sebagai penghargaan atas pencapaian mereka yang juga diharap menjadi inspirasi kepada pelajar yang lain untuk terus berusaha dalam pembelajaran tanpa mengalah.

Beliau bangga ramai anak-anak yang berjaya mencapai pencapaian terbaik dalam SPM 2023.

Vivian juga berharap pelajar terlibat akan terus berjaya dalam pembelajaran mereka seterusnya di pengajian tinggi dan mencapai cita-cita masing-masing.

Popular Articles