Tuesday, June 24, 2025

Jalan satu lorong punca kesesakan di Tamparuli 

Laluan satu lorong menyebabkan kesesakan setiap kali melalui kawasan itu

Kesesakan lalu lintas menjadi rutin harian pengguna jalan dari arah Tamparuli-Kota Kinabalu, berhampiran Sekolah Kebangsaan Tamparuli

Oleh Hardy Joe

Foto Mohd Syukrie Johary

TAMPARULI (Sabtu 5 Ogos): Laluan satu lorong menyebabkan perjalanan 10 minit menjadi setengah jam setiap kali melalui jalan Tamparuli-Kota Kinabalu, berhampiran Sekolah Kebangsaan Tamparuli pada waktu puncak.

Ini adalah rutin harian bagi pengguna jalan berhampiran Sekolah Kebangsaan Tamparuli. Keadaan bertambah teruk sejak sebahagian lorong laluan berkenaan ditutup lebih 10 tahun lalu.

Kesannya, menimbulkan kesulitan kepada lalu lintas apabila pengguna terpaksa berkongsi satu lorong laluan di situ.

Tinjauan mendapati, lorong dari arah jalan Kota Kinabalu-Tamparuli pula yang sebelum ini juga satu lorong, dibuka semula menjadi dua lorong.

Pengguna, Melvin James, 50, menyifatkan kesesakan yang berlaku di jalan itu waktu pagi, tengah hari dan petang tidak akan selesai selagi sebahagian laluan kekal satu lorong.

“Pengguna tidak faham tujuan Jabatan Kerja Raya (JKR) menjadikan jalan itu satu lorong, sedangkan laluan sebelah dibuka pula menjadi dua lorong.

“Tindakan menutup sebahagian lorong jalan itu menjadi punca berlaku kesesakan pada laluan itu lima hari seminggu,” katanya.

Difahamkan, penutupan sebahagian lorong jalan itu sebelum ini bertujuan memudahkan ibu bapa menurunkan anak mereka yang belajar di sekolah berhampiran.

Bagaimanapun, ibu bapa tidak lagi dibenar menurunkan anak di kawasan itu sejak jalan dari arah Kota Kinabalu-Tamparuli dibuka semula menjadi dua lorong.

Jasmin Js Boy, 44, mendakwa jalan itu menjadi sesak sejauh 300 meter dari arah Tamparuli sehingga 30 minit pada waktu puncak pagi, tengah hari dan petang. Keadaan ini berlaku setiap hari kecuali hujung minggu.

“Kejadian itu cukup membosankan pengguna sedangkan masalah kecil itu sebenarnya boleh ditangani dengan membuka semula sebahagian lorong jalan di situ yang ditutup sejak sekian lama.

“Nampaknya, penutupan sebahagian lorong jalan itu tidak mendatangkan sebarang keuntungan, sebaliknya hanya mengundang masalah kepada pengguna,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, penduduk yang selalu menggunakan jalan meminta pihak berkuasa tempatan membantu menyelesaikan masalah itu dengan membuka lorong yang ditutup.

Hot this week

MACC detains Sabah assistant minister linked to mining licenses issue

KOTA KINABALU : - The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC)...

Rural communities vulnerable to online scams, says assemblyman

SANDAKAN: Rural communities in Sabah continue to be exposed...

Isu tanah Kg Karamunting hampir selasai – George Hiew

SANDAKAN : - Isu pertikaian tanah yang berlarutan sejak...

English proficiency important skill for tourism and strong foundation for future employment

Datuk Joniston Bangkuai alongside Kota Kinabalu Rotary Club president...

Intense battle lies ahead for Merotai in the PRN hot seat

Datuk Ruji Ubi (left) retired CEO ESSCOM is likely...

Topics

Emin Madi: PGDK penghargaan amat besar Negeri Sabah untuk diri, Bernama

Emin menerima anugerah PGDK daripada Tun Musa Aman. KOTA KINABALU:...

Sabah on world map as  conservation hub

By Emin MadiKOTA KINABALU : -  The legacy of...

“Sabahan No 1” reflects BN’s true struggle

Salleh...BN does not rely on sentiments but on hard...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img