Monday, June 23, 2025

Pasukan berempat boling padang wanita Sabah ke separuh akhir

Pasukan berempat boling padang wanita Sabah, (dari kiri) Adilah, Nur Zarifah, Nuremilda dan Nurnajmi

Oleh Vitalis G Bingkasan

KUCHING: Pasukan berempat wanita boling padang Sabah hadirkan harapan untuk sumbang pingat apabila melepasi perlawanan play off separuh akhir SUKMA Sarawak di Arena Boling Padang, Petra Jaya di sini hari ini.

Perlawanan play off yang sengit itu menyaksikan gandingan Nurnajmi  Jannah Jali, Nuremilda Jazeemi Jali,  Nur Zarifah Wajihah Zaidi dan Adilah Justine menang tipis 12-11 ke atas pasukan Terengganu.

Mereka layak ke perlawanan play off yang diperuntukkan kepada pasukan kedua dan ketiga peringkat kumpulan di mana hanya juara kumpulan yang terus dapat tempat ke separuh akhir.

Pasukan beregu lelaki Sabah juga berjaya ke perlawanan play off tetapi gagal melepasinya apabila kalah 8-14 ditangan beregu Wilayah Persekutuan.

Sabah gagal lepasi pusingan kumpulan dalam acara perseorangan wanita dan bertiga lelaki.

Skuad boling padang Sabah bersama presiden Bowls Sabah, Shuib (berdiri di kanan.

Presiden Persatuan Boling Padang Sabah (Bowls Sabah), Shuib Hashim berkata, beliau tidak menetapkan sebarang sasaran pingat tetapi mahu pemain memberikan terbaik.

“Skuad kali ini dibarisi 50 peratus pemain muda yang masih boleh beraksi beberapa SUKMA akan datang.  Sebab itu saya tidak tetapkan sebarang sasaran pingat tetapi ia tentu sangat menggembirakan kalau kita menang sebarang pingat. Kalau dapat emas, ia adalah bonus.

“Kita pernah menang satu emas, satu perak dan satu gangsa semasa Sarawak tuan rumah  2016. Harap ada kejutan lagi kali ini,” katanya ketika ditemui di arena boling padang di .

Sabah diwakili 12 atlet iaitu enam lelaki dan enam wanita pada sukan dwi tahunan terbesar negara.

Shuib (kiri) bersama pemain yang sedang menunggu giliran bermain.

Pasukan dibimbing Abdul Murah Laksana selaku ketua jurulatih dan jurulatih, Justine Malintau manakala pengurus pasukan iakah Supian Buang.

  .

Hot this week

MACC detains Sabah assistant minister linked to mining licenses issue

KOTA KINABALU : - The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC)...

Rural communities vulnerable to online scams, says assemblyman

SANDAKAN: Rural communities in Sabah continue to be exposed...

Isu tanah Kg Karamunting hampir selasai – George Hiew

SANDAKAN : - Isu pertikaian tanah yang berlarutan sejak...

English proficiency important skill for tourism and strong foundation for future employment

Datuk Joniston Bangkuai alongside Kota Kinabalu Rotary Club president...

Intense battle lies ahead for Merotai in the PRN hot seat

Datuk Ruji Ubi (left) retired CEO ESSCOM is likely...

Topics

Emin Madi: PGDK penghargaan amat besar Negeri Sabah untuk diri, Bernama

Emin menerima anugerah PGDK daripada Tun Musa Aman. KOTA KINABALU:...

Sabah on world map as  conservation hub

By Emin MadiKOTA KINABALU : -  The legacy of...

“Sabahan No 1” reflects BN’s true struggle

Salleh...BN does not rely on sentiments but on hard...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img