Thursday, September 19, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

94 pemain golf sertai Kejohanan Golf Piala Presiden PAADIAN Kali Ke-3

Pemain golf yang menyertai Kejohanan Golf Piala Presiden di Karambunai.

KOTA KINABALU: Seramai 94 pemain golf menyertai Kejohanan Golf Piala Presiden PAADIAN (Persatuan Kadayan Sabah) Kali Ke-3 yang berlangsung di Nexus Golf Resort Karambunai, semalam

Naib Presiden PAADIAN Sani Gapar muncul juara kategori individu (Gross Score), kategori pasukan dimenangi oleh pasukan PAADIAN Beaufort, kedua; Pasukan PAADIAN Sipitang dan ketiga; Pasukan PAADIAN Papar/Kota Kinabalu.

Hadiah disampaikan oleh Presiden PAADIAN Datuk Dr Yusof Yacob yang turut menyerti kejohanan itu yang merupakan salah satu aktiviti tahunan yang dianjurkan dibawah Biro Sukan PAADIAN.

Antara pemain golf termasuk jemputan yang turut menyertai kejohanan itu adalah Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Isnin Aliasnih,  bekas Ahli Parlimen Beaufort Datuk Nurnikman Abdullah dan bekas Menteri kabinet Sabah Datuk Aidi Moktar.

Berucap pada majlis itu, Dr Yusof yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sindumin berkata, kejohanan itu dianjurkan bertujuan merapatkan hubungan antara ahli PAADIAN melalui aktiviti sukan serta dengan kaum lain yang turut menyertai kejohanan itu sebagai jemputan.

Katanya, ini seterusnya mengukuhkan perpaduan antara kaum yang sedia terjalin sejak sekian lama di negeri ini yang unik kerana mempunyai kepelbagaian kaum dan mampu hidup dalam suasana harmoni.

Dalam pada itu, kategori PAADIAN-Net Score, Sarianshah Samsudin muncul juara, Abas Saidin (kedua) dan Datuk Osman Ahmed (ketiga).

Mohd Saiful Doli Sarif, ahli kumpulan Zero menang bagi kategori jemputan, Mohd Noh Azlie (kedua) dan Maspul Rais (ketiga).

Popular Articles