Thursday, June 12, 2025

Xin Ying lakar sejarah raih emas pertama skuasy SUKMA untuk Sabah

SEJARAH…Xin Ying muncul pemain pertama Sabah menang pingat emas skuasy dalam sejarah SUKMA.

TAHNIAH…Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin ucap tahniah kepada Xin Ying sebaik perlawanan akhir selesai. Turut bersama ialah Chef de Mission Datuk Mansur Asun dan Pengarah MSN Sabah, Mohd Asneh Mohd Noor.

Oleh Vitalis G Bingkasan

KUCHING: Yee Xin Ying muncul juara perseorangan skuasy wanita SUKMA Sarawak XXI  sekaligus lakar sejarah sebagai pemain pertama  menang emas acara itu untuk Sabah dalam sejarah SUKMA.

Perlawanan akhir yang berlangsung di Pusat Skuasy Sarawak di sini pagi tadi menyaksikan Xin Ying merangkul emas dengan menewaskan pemain Kedah, K Sehveetrraa.

Kemenangan itu bagaimanapun diraih selepas pertarungan mendebarkan terutama apabila Xin Ying tewas dua set awal 9-11 dan 7-11.

Xin Ying hanya menemui rentak terbaiknya untuk memenangi set ketiga 11-8 dan meneruskannya pada dua set berikutnya dengan kemenangan 11-7 dan 11-8 untuk keluar sebagai pemenang.

“Saya sangat gembira  dengan kemenangan ini. Bukan mudah tetapi sokongan padu jurulatih dan rakan sepasukan di luar gelanggang sangat membantu…saya dapat motivasi setiap kali mendengar sorakan mereka dan ianya membantu saya mendapatkan semula rentak terbaik,” kata pemain berusia 18 tahun itu.

Katanya, kemenangan itu juga menebus kekalahan rakannya, Lai Wen Li pada SUKMA sebelum ini.

“Secara keseluruhannya, saya gembira dengan prestasi saya setakat ini,” kata Xin Ying yang turut membuat kejutan mengalahkan juara kebangsaan dua kali dari Kedah, Aira Azman pada pusingan separuh akhir.

Ia juga pencapaian lebih baik Xin Ying selepas hanya menang gangsa acara berpasukan pada SUKMA 2018 dan  pingat perak acara beregu wanita ketika bergandingan dengan Wen Li pada SUKMA 2022.

Pemain kelahiran Sandakan yang kini menuntut di Cornell University  Amerika Syarikat (US)itu masih berpeluang menambahkan koleksi pingat di SUKMA ini menerusi acara beregu di mana dia bergandingan dengan Doyce Lee.

Menurutnya, selepas SUKMA ini, beliau akan kembali ke US. “Tetapi sebelum itu, saya masih ada tugas bersama Doyce dalam acara beregu…kami akan cuba beri yang terbaik buru pingat emas kedua untuk Sabah,” katanya.

Sambil itu, Presiden Persatuan Skuasy Sabah, Datuk Charles O Pang juga teruja dengan sejarah baru skuasy Sabah dalam SUKMA yang dilakar Xin Ying itu.

“Berdasarkan rekod lalu melibatkan atlet kami yang menyerlah, pemain boleh berjaya dalam akademik dan sukan jika mereka fokus seperti yang dibuktikan Xin Ying dan Wen Li yang menunut di Ivy League Universities, US.

“Saya ingin ucapkan tahniah kepada jurulatih-jurulatih, pengurus pasukan dan para pemain atas kerja keras dan kerjasama mereka. Tidak lupa kepada Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negeri Sabah dan juga ibubapa yang sentiasa memberi sokongan,” katanya.

Hot this week

Stronger social media influence in the 2025 Sabah elections

Ch'ng...traditional media may continue, but the dissemination of information...

Local veteran journalist supports the holding of HAWANA in Sabah next year

Bingkasan...HAWANA has been celebrated four times in Peninsular Malaysia...

Rasuah Adun Sabah: ‘Sekurang-kurangnya seorang atau dua individu akan dituduh’

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri...

Lelaki kini boleh belajar menjahit: Lasimbang

Jannie Lasimbang bersama peserta Program 'Sew and Save' baru...

NGO atau peras ugut? Tapisan diperlukan ke atas kumpulan yang memeras ugut syarikat

Terence Fernandez...Samseng yang bertopengkan pertubuhan awam boleh mensabotaj ekonomi. Oleh...

Topics

Malaysian’s lacks the maintenance culture,  an acknowledged fact.

By C C PungJustice of Peace ACCIDENTS happen never mind...

Lawatan prihatin ke atas mangsa serangan buaya

SANDAKAN : - Prihatin terhadap nasib seorang nelayan yang...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img