Pemenang emas seni duo mai muaythai wanita, Jezzevelle (kiri) dan Myra (kanan).
Pemenang emas seni solo wai kru wanita muaythai, Yian Jia Chi.
Oleh Vitalis G Bingkasan
KUCHING: Muaythai menang dua emas untuk jadi penyumbang utama pingat emas Sabah pada SUKMA Sarawak XXI hari ini.
Pingat emas dimenangi gandingan Jezzevelle Myora Jerry dan Myra Roslan dalam acara seni duo mai muaythai wanita dan Yan Jia Chi dalam seni solo wai kru wanita.
Keseluruhannya, Sabah menang tiga emas hari ini termasuk emas dari Ku Yee Aleng dalam acara lompat tinggi wanita.
Sehingga artikel ini ditulis, Sabah juga telah menang lima pingat perak dan empat gangsa.
Pingat perak dimenangi Irene Jane Henry dalam acara angkat berat kategori tidak melebihi 45kg wanita, Muhammad Iftikharsyahlan As Roslan (seni solo wai kru lelaki), Asyraf Danial Abdul Latif/Marshall Jayden Jerry (seni duo mai muaythai lelaki), Pang Hong Seng (lontar peluru lelaki) dan pasukan 4x400m campuran.
Pingat gangsa dimenangi Farisha Nur Umairah Zairi (berbasikal BMX Race), Mark Dylan Marcus (angkat berat kategori tidak melebihi 61kg lelaki), Emmanuel Yung Ming Loh (renang 100m kuak dada lelaki) dan Eljoe Gotuoh (lompat kijang lelaki).
Tambahan pingat itu menyaksikan Sabah mengumpul 10 pinga emas, sembilan perak dan 17 gangsa setakat ini.
Pertandingan diteruskan hari ini dengan tawaran 78 pingat emas menerusi sukan muaythai (14 emas), olahraga (13), renang (sembilan), silat (lapan), menembak (enam), masing-masing empat emas dari silambam, judo dan takraw, masing-masing tiga dari acara terjun, petanque, angkat berat, msing-masing dua dari taekwondo, tenpin boling dan lawan pedang serta satu dari badminton.
SUKMA Sarawak XXI menawarkan keseluruhan 488 pingat emas. Pertandingan telah bermula sejak 12 Ogos akan berlangsung sehingga 24 Ogos.
Sabah sasar 40 pingat emas.