Thursday, November 21, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Wushu pulang dengan bangga

TAHNIAH…Chin (tengah) bersama skuad wushu Sabah di LTAKK

Oleh Vitalis G Bingkasan

KUCHING: Skuad wushu antara yang terawal tamatkan cabaran pada SUKMA Sarawak XXI tetapi telah melaksanakan tugas dengan baik apabila membawa pulang tiga pingat emas dan satu perak.

Ia adalah pencapaian lebih baik berbanding dua emas, dua perak dan satu gangsa pada SUKMA XX 2022 di Kuala Lumpur.

Presiden Persatuan Wushu Sabah, Datuk Chin Kim Hiung mengucapkan tahniah kepada pegawai-pegawai pasukan, jurulatih dan atlet atas usaha mereka yang telah menghasilkan pencapaian membanggakan itu.

“Kepada atlet yang tidak menang di Sarawak, jangan kecewa tetapi sebaliknya terus fokus dengan latihan untuk SUKMA akan datang dan lain-lain kejohanan,” katanya.

Chin antara yang menyambut kepulangan skuad wushu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK), penghujung mingu lalu.

Sabah diwakili 13 atlet wushu yang pertandingannya berlangsung di Dewan Wushu SSC, Petra Jaya, di sini pada 13-16 Ogos dengan tawaran 28 pingat emas.

Pingat emas Sabah dimenangi  Amirah Sofea Azlan (48kg wanita), Dione Bayline Fely (52kg wanita) dan Fyenlly Himon (52kg lelaki), semuanya dalam kategori sanda.

Pingat perak dimenangi Bong Cheng Loong dalam kategori taolu gunshu lelaki.

Pencapaian itu meletakkan Sabah dikedudukan kelima dikalangan 15 pasukan carta kutipan pingat sukan wushu.

Sukan wushu didominasi pasukan Melaka dengan tujuh pingat emas, empat perak dan lima gangsa (7e, 4p, 5g) diikuti Wilayah Persekutuan (4e, 4p, 7g), Pulau Pinang (4e, 4p, 5g) dan Sarawak yang hanya mengatasi Sabah dengan kelebihan pingat perak dan gngsa. Sarawak mengutip tiga emas, lima perak dan empat gangsa.
SUKMA Sarawak XXI yang akan berlangsung hingga 24 Ogos menawarkan keseluruhan 488 pingat emas.

Sabah mensasarkan 40 pingat emas.

.

Popular Articles