Thursday, September 19, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Bolasepak wanita Sabah menang 6-0 ke atas Wilayah Persekutuan untuk mara ke final

Oleh Vitalis G Bingkasan

KUCHING: Pasukan bola sepak wanita Sabah menempah tiket ke final dengan kemenangan besar 6-0 ke atas Wilayah Persekutuan pada perlawanan separuh akhir di Stadium Negeri, di sini petang tadi.

Sabah mendahului 5-0 pada separuh masa pertama.

Kedudukan selesa itu memberi ruang kepada Sabah merehatkan beberapa pemain pada babak kedua dengan melakukan lima pertukaran tetapi masih menguasai permainan dan menambah satu jaringan.

“Saya gembira dan puas hati dengan kemenangan itu. Ini satu lagi suntikan semangat buat kami menghadapi perlawanan akhir Khamis ini.

“Semua pemain berada dalam keadaan baik dan saya fikir kami bersedia menghadapi perlawanan akhir walaupun siapapun pasukan yang bakal kami hadapi,” kata ketua jurulatih, Petronella Douny.

Sabah akan berhadapan pemenang antara Selangor dan Pahang dalam satu lagi perlawanan separuh akhir malam ini.

Popular Articles