Tuesday, June 17, 2025

Petanque kembalikan Sabah bersinar dengan 2 pingat emas hari ini (22 Ogos)

Pemain emas petanque Sabah, (dari Kiri) Maxivianna, Siti Nur Vivianah, Muhammad Aeqhmal, Marysa, Thadis Henhera dan Siti Noor Ellyshatul.

Skuad petanque Sabah lepasi sasaran satu emas dengan sumbangan dua emas hari ini. Mereka akan meneruskan cabaran dalam acara berpasukan esok.

Oleh Vitalis G Bingkasan

KUCHING: Hari suram tanpa emas Sabah kelmarin (21 Ogos) kembali bersinar dengan  dua pingat emas dari skuad petanque pada SUKMA Sarawak XXI di Santubong tengahari tadi.

Pingat emas yang dimenangi pasukan bertiga wanita yang dibarisi Marysa Appel @ Denny, Siti Noor Ellyshatul Balqish Suhaimi dan  Thadis Henhera Vennice serta pasukan campuran satu lelaki dua wanita yang dianggotai Muhammad Aeqhmal Mohammad Ardhy, Maxivianna Robert dan Siti Nur Vivianah Chia.

Final kedua-dua pasukan Sabah itu berlangsung  serentak dan mereka hanya dipisahkan satu gelanggang di Arena Petanque Santubong.

Bagaimanapun, pasukan bertiga wanita lebih awal menyelesaikan tugas mendapatkan emas walaupun diberi saingan sengit oleh Johor (Nur Aira Nabilah Saiful Alam, Nur Syuhada Amany Rosli dan Siti Zulika Zainal Abidin) dengan kemenangan 11-4.

Mereka kemudiannya menyertai penyokong Sabah memberi sokongan kepada pasukan campuran yang turut bersaing sengit dengan pasukan tuan rumah, Sarawak.

Pasukan campuran Sabah tidak mengecewakan apabila turut keluar sebagai pemenang dengan keputusan 10-7 mengalahkan pasukan Sarawak yang dibarisi  Ain Afzan Aisyah Ezlan, Akhtar Shauqi Aini Mohd Dom dan Nur Durratul Sahira Yazit.

Ia juga merupakan dua emas pertama Sabah hari ini.

Ketua jurulatih, Wahadhir Hamdan berkata, kejayaan merangkul dua pingat emas itu bukan sahaja membanggakan tetapi melegakan semua anggota skuad petanque Sabah.

“Kami sebenarnya sudah dalam tekanan apabila kalah dalam acara perseorangan dan beregu sebelum ini. Apalagi kami disasarkan satu pingat emas.

“Hari ini memang ada harapan kerana kekuatan kita adalah pasukan berttiga  tetapi mereka juga mengharungi saingan sengit. …syukurlah kerana bukan satu tetapi kita telah menang dua pingat emas hari ini,” kata Wahadhir.

Ia juga pencapaian lebih baik skuad petanque Sabah berbanding hanya menang satu emas pada SUKMA 2022 di Kuala Lumpur tetapi ketika itu mereka hanya diwakili atlet lelaki..

Kali ini mereka diwakili 14 atlet (tujuh lelaki dan tujuh wanita) dan mengambil bahagian semua acara yang dipertandingkan.

“Esok kami akan meneruskan cabaran dalam acara berpasukan. Harap ada rezeki lagi,” kata Wahadhir.

Hot this week

Parti ANAK NEGERI Forges New Path with Youth Leadership Appointments

Trevor Marinking - Secretary General KOTA KINABALU : -  Parti...

The Case for Sabah’s Political Leadership, Dominance and Autonomy

By Datuk James Ligunjang JP Former State Assemblyman KOTA KINABALU :...

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Topics

Parti ANAK NEGERI Forges New Path with Youth Leadership Appointments

Trevor Marinking - Secretary General KOTA KINABALU : -  Parti...

The Case for Sabah’s Political Leadership, Dominance and Autonomy

By Datuk James Ligunjang JP Former State Assemblyman KOTA KINABALU :...

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...

Kerajaan disaran bantu industri media tempatan hadapi cabaran semasa

Datuk Lichong Angkui berucap di majlis kemuncak sambutan Hari...

Let’s not rewrite history: The real backdoor Chief Minister was Shafie Apdal

Commentary by Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos MalakunSabah Economic...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img