Friday, September 20, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Sabah masih jauh dari sasaran

Atlet berbasikal Sabah yang menang gangsa acara Relay Campuran Cross Country Olympic.

Skuad judo Sabah tamatkan cabaran dengan sumbangan dua pingat gangsa.

Oleh Vitalis G Bingkasan

KUCHING: Sabah masih jauh dari sasaran 40 pingat emas apabila dua emas Sabah dari petanque hari ini gagal ditambah sukan lain pada SUKMA Sarawak XXI sehingga jam 8.00 malm ini.

Aksi final Poruthal silambam 55-65kg lelaki antara atlet Sabah, Zeqxvaly (kanan) dan Prevenan (Perak) di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching hari ini. Zeqxvaly tewas perlawanan itu 2-10.

Di Hikmah Event Exchange Centre, Sabah terlepas pingat emas apabila atlet silambam, Zeqxvaly Rhajqhay Malor  yang bertarung di final kalah 2-10 di tangan Prevenan Prakaslingam (Perak) dalam acara Poruthal 55-65kg lelaki untuk hanya berpuas hati dengan pingat perak.

Ia adalah pingat kedua dari skuad silambam Sabah selepas pingat gangsa diraih  Philldeona Tilip yang tewas di separuh akhir acara Poruthal 60-70kg wanita. Peserta tewas di separuh akhir diberikan gangsa dalam acara ini.

Zeqxvaly yang kecewa dengan kekalahannya dalam acara poruthal silambam ditenangkan jurulatihnya, Leorenboy Lawason (kiri

Sabah juga terlepas pingat emas Lapang Sasar Memanah, Petra Jaya apabila pasukan compound lelakinya yang dibarisi  Aloysius Gabriel Liew, Muhammad Irfan Sobrun Masahudi dan Nathaniel Tan Zhi We hanya menang perak.

Mereka tewas tipis 221-226 ditangan pasukan Terengganu yang dibarisi Muhammad Aiman Syafiq Mohd Tariki, Muhammad Amiruddin Zulkifli dan Muhammad Hazmi Aisar Azmi.

Sukan Berbasikal di Bukit Siol pula Sabah hanya menang pangat gangsa acara  Relay Campuran Cross Country Olympic.

Pasukan Sabah yang dibarisi Ryan Zeck Badimin, Yvainne Donny, Mohammad Zahir Zahari dan  Drevionna Magdelynna Davin menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 1:24.00s. Pingat emas dimenangi Kedah (1:07.57s) manakala pingat perak milik Johor (1:14.20s).

  Pertandingan olahraga di Stadium Sarawak pula menyaksikan Sabah hanya menang satu perak dan dua gangsa.

Pingat perak dimenangi Hamizan Syahmi Jailin dalam acara lompat bergalah lelaki  dengan catatan (4.50m) manakala rakannya, Muhammad Izzudin (4.20m) menang gangsa. Pingat emas dimenangi Muhammad Hafidzul dari Melaka (4.70m).

satu gangsa menerusi Frenynila Sherly Lucius dalam acara 400m lari berpagar wanita dengan catatan 64.22s.

Pingat emas dimenangi Nur Shaqirah Cik Mat Kilau dari Johor dengan catatan 63.36s manakala pingat perak milik atlet Kelantan, Siti Nur Faqihah Said (63.44s).

Di Pusat Akuatik Pandelela Rinong pula, Sabah menang masing-masing satu gangsa dari acara renang dan terjun.

Pingat gangsa renang dimenangi Chu Xin Ying dalam acara 400m gaya bebas wanita dengan catatan 4:38.05s. Pingat emas dimenangi Kelly Teo Yao dari Sarawak (4:31.85s) manakala pingat perak milik perenang Selangor, Khew Zi Xian (4:34.26s).

Pingat gangsa sukan terjun pula dimenangi Muhammad Anilrian dalam acara 10m platform lelaki dengan catatan 330.30 mata.

Pingat emas dan perak dimenangi penerjun Sarawak, Enrique Maccartney Harold (409.10 mata) dan Elvis Priestley Anak Clement (390.25 mata).

Sambil itu, Sabah hanya menang satu gangsa dari Nathan Zeke dalam acara kombat 90kg lelaki pertandingan judo di Dewan Balau UITM Mukah yang berakhir hari ini. Ia adalah gangsa kedua sumbangan skuad judo pada SUKMA ini.

Sabah juga ada tambahan pingat gangsa lewat malam semalam dari pasukan gimnastik berirama yang dibarisi Addison Chang Sui Xin, Jasley Lu Chun Min, Liew Jun Xiang, Leevan Savahi Moosom, Marvell Vincent Voo dan Tyler Jordan Lajanty dalam acara gimnastik berirama berpasukan .
 
Pasukan Sabah mencatat 272.850 mata manakala pingat emas dimenangi Pulau Pinang (275.950 mata) dan pingat perak milik Johor (272.925 mata).

Sukan tinju yang mula menawarkan pingat hari ini menyaksikan Sabah sudah kutip satu pingat gangsa menerusi Aelfred Eter Tohiron dalam kategori 45-48kg lelaki.

Tambahan pingat semalam dan hari ini tersebut menyaksikan Sabah mengumpul 18 pingat emas, 19 perak dan 44 gangsa setakat 8.00 malam ini.

Bagaimanapun, akan ada lagi tambahan pingat lewat malam ini termasuk dari sukan bola sepak wanita di mana Sabah beraksi di final menentang Selangor dan dari sukan tinju menerusi Deirdra Jacquelina Richard yang bertarung di final menentang peninju Sarawak, Patricia Jaquilina Bruce.

Esok, 81 pingat emat lagi ditawarkan sebelum SUKMA Sarawak XXI menutup tirai pertandingan dengan 45 pingat emas pada Sabtu. Keseluruhannya sebanyak 488 pingat emas ditawarkan pada skuan dwi tahunan terbesar negara tersebut.

Popular Articles