Saturday, November 9, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Tinju sumbang 1e, 2g semalam, dua lagi bertarung di final malam ini

Deirdra Jacquelina Richard

Oleh Vitalis G Bingkasan

KUCHING: Sabah raih pingat emas sulung dalam acara tinju semalam menerusi Deirdra Jacquelina Richard dalam kategori 45-48kg wanita.

Deirdra mengalahkan peninju tuan rumah Sarawak, Patricia Jaquilina Anak Bruce 5-0 dalam pertarungan tiga pusingan final di Stadium Tertutup Sri Aman.

Skuad tinju Sabah juga sumbang dua gangsa menerusi Alfred Eter Tohiron (45-48kg lelaki) dan Hallary Boy (lightweight 57-60kg lelaki).

Tinju akan menutup tirai pertandingan dengan tujuh pertarungan final malam ini di mana dua daripadanya melibatkan peninju Sabah, Joel Evelky Jain dan Jonathan John.

Joel  akan bertarung dengan Frederick Xian Anak Batholomew Albern (Sarawak) dalam kategori feather weight 54-57kg lelaki manakala Jonathanberhadapan dengan Azib Zafran Zolkarnain (Johor) kategori light middleweight 67-71kg.

Sambil itu, harapan Sabah merangkul pingat dalam sukan bola sepak wanita tertangguh apabila final antara Sabah dan Selangor yang sepatutnya berlangsung di Stadium Negeri, Kuching semalam ditunda ke petang ini (sepak mula 4.15 petang).

Perlawanan akhir itu ditunda ekoran keadaan hujan lebat dan petir di sini semalam.

Sukan lain yang menawarkan pingat emas hari ini adalah renang (lapan),  terjun (dua), bola keranjang 3×3 (dua), bola tampar pantai (dua), boling padang (empat), kabaddi (dua), memanah (empat), olahraga (tujuh), ping pog (dua), skuasy (satu), catur (dua), gimnastik (lima), angkat berat (empat), bola jaring (satu), bola tampar dalam dewan (dua), sepak takraw (dua), lawan pedang (tiga) dan pencak silat (20).

Selain tinju dan bola sepak wanita, beberapa atlet Sabah juga tersenarai dalam acara final olahraga, boling padang, terjun, angkat berat, silat, renang, gimnastik dan lawan padang.

Sabah juga dijangka mampu ke final acara sepak takraw.

Keseluruhannya, sebanyak 82 pingat emas ditawarkan hari ini sebelum SUKMA Sarawak XXI melabuhkan tirai kejohanan dengan 45 pingat emas esok.

Sehingga semalam, Sabah telah mengumpul 19 pingat emas, 19 perak dan 45 gangsa.

Popular Articles