Sunday, June 22, 2025

Pencapaian terbaik Sabah hari ini dengan sembilan emas

Pemenang pingat pencak silat hari ini yang mengembalikan  semula sukan itu sebagai antara lubuk  emas Sabah

Oleh Vitalis G Bingkasan

KUCHING: Sabah mencatat pencapaian terbaik apabila menang sembilan pingat emas di samping 12 perak dan lima gangsa  pada  hari kedua terakhir SUKMA Sarawak XXI hari ini (23 Ogos).

Skuad pencak silat menjadi penyumbang utama dengan empat pingat emas dan pasukan pelayaran dengan tiga emas.

Skuad sepak takraw dan boling padang masing-masing menyumbangkan satu pingat emas.

Keseluruhannya setakat hari ini, Sabah telah mengumpul 28 pingat emas, 31 perak dan 50 gangsa.

Bagaimanapun, keputusan acara tinju malam ini di mana dua peninju Sabah bertarung di final belum diperolehi.

SUKMA Sarawak XXI akan melabuhkan tirai pertandingan hari ini dengan 41 pingat emas menerusi sukan pelayaran (11 emas), E-sports (tujuh), catur (enam), gimnastik artistik (lima), badminton (lima), hoki (dua), petanque (dua) ping pong (satu) dan bola sepak lelaki (satu).

Sabah masih berpeluang menambah kutipan pingat terutama menerusi sukan pelayaran dan E-sports. Walaupun mungkin sukar untuk mengotakan sasaran 40 pingat emas, sekurang-sekurang-kurangnya dapat memperbaiki pencapaian 30 pingat emas pada SUKMA 2022.

.

Hot this week

Intense battle lies ahead for Merotai in the PRN hot seat

Datuk Ruji Ubi (left) retired CEO ESSCOM is likely...

Emin Madi: PGDK penghargaan amat besar Negeri Sabah untuk diri, Bernama

Emin menerima anugerah PGDK daripada Tun Musa Aman. KOTA KINABALU:...

Sabah on world map as  conservation hub

By Emin MadiKOTA KINABALU : -  The legacy of...

“Sabahan No 1” reflects BN’s true struggle

Salleh...BN does not rely on sentiments but on hard...

Veteran journalist Emin Madi heads 19 media practitioners to receive State Awards from TYT

Emin Madi … PGDK Yong Ted Phen...ASDK KOTA KINABALU :  -...

Topics

Social media is full of nonsense

By C C PungJustice of Peace YET everyone I know...

Presiden Warisan nafi lupus NPL semasa jadi Ketua Menteri Sabah

Shafie Apdal...tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap...

Malicious and baseless allegations, outright lies

Media StatementBy Datuk Seri Panglima Mohd Shafie ApdalPresidentWARISAN1. I...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img