Thursday, June 26, 2025

Sambutan Hari orang asal sedunia mahu perkasa belia Borneo

Dr Benedict Topin

Percy Goliu

PENAMPANG (Isnin 7 Ogos): Wakil-wakil orang asal dari Kalimantan Indonesia, Brunei dan Sarawak akan berkampung bersama jiran mereka di Sabah untuk menyambut Hari Orang Asal Sedunia 2023 Se-Borneo (HOAS) di Hongkod Koisaan KDCA pada hari ini dan esok (8 dan 9 Ogos).

Sambutan tahun ini yang bertema ‘Belia Orang Asal Sebagai Ejen Perubahan untuk  Penentuan Diri’ dianjur oleh Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (MHEANS), KDCA, Institut Kajian Orang Asal Borneo (BoRIIS), LKNS dan Borneo Heritage Foundation (BDF).

Kenyataan daripada MHEANS berkata, sambutan dua hari itu akan disambut dengan penuh adat istiadat. Hadirin juga boleh melawat pelbagai gerai yang mempamerkan keunikan setiap etnik dan juga gerai usahawan.

Acara simbolik menanam tujuh jenis benih herba juga dilakukan di mana masing-masing dua didekasi kepada Sabah, Sarawak dan Kalimantan dan satu Brunei.

“Sambutan akan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Dr Jeffrey Kitingan,” kata kenyataan pada Isnin.

Menurut atur cara yang diberi, pelbagai segmen memenuhi acara termasuk pembentangan kertas kerja oleh pakar dan ketua-ketua daripada empat wilayah, segmen perkongsian wakil-wakil belia orang asal, diskusi dan perkongsian pendapat dengan peserta.

Presiden MHEANS Dr Benedict Topin berkata, sambutan kali ini menyaksikan semangat persaudaraan dan solidariti yang kuat dalam komuniti Orang Asal Se-Borneo.

“Kepulauan Borneo sedang berada diambang sejarah apabila tidak lama lagi akan wujud ibu kota Nusantara yang mana ia pasti akan mengukuhkan lagi hubungan rakyat dalam kepulauan Borneo,” katanya.

Katanya, kerjasama dan komitmen bersama akan memberi manfaat kepada jarak dekat strategik untuk membawa impak positif dan transformasi kepada masyarakat terutamanya kepada para belia di wilayah Borneo.

Selaras dengan pelan pembangunan Sabah Maju Jaya (2021-2030) yang diterajui Kerajaan Negeri Sabah, inisiatif sambutan akan memperkasakan belia sebagai kumpulan dalam masyarakat yang penting.

Katanya, semangat yang besar sebagai masyarakat kepulauan Borneo, akan menggunakan platform ini untuk bekerja sebagai satu entiti di mana belia akan dapat bertukar-tukar pendapat dalam pelbagai aspek matlamat dalam hidup untuk meningkatkan mutu kehidupan sebagai rakyat Borneo. 

Dr Benedict menegaskan bahawa sambutan ini bukan sahaja mengenai pembangunan ekonomi, tetapi juga tentang kehormatan dan pemeliharaan pengetahuan orang asal serta budaya orang Borneo yang kaya.

“Saya yakin kepada kuasa belia kita untuk membawa warisan nenek moyang, memelihara tradisi warisan untuk membina masa depan yang mampan adil dan inklusif.

Penganjuran ini katanya, adalah bukti komitmen MHEANS untuk memupuk dialog antara generasi dan memastikan kesinambungan budaya, nilai dan sudut pandang orang asal supaya tidak luput ditelan zaman.

Hari Orang Asal Sedunia disambut pada 9 Ogos setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran dan melindungi hak penduduk orang asli sedunia. Ia juga diadakan untuk mengiktiraf pencapaian dan sumbangan orang asli untuk melindungi alam sekitar.

Ia disambut pertama kali oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 1994.

Aktiviti sambutan biasanya membabitkan forum pendidikan dan aktiviti bilik kelas untuk mendapat penghargaan dan pemahaman yang lebih baik tentang orang asal.

Hot this week

ADUN Elopura beri maklumat kepada SPRM tentang isu salahguna kuasa rumah SMJ

SANDAKAN : - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.55...

PBS will stick with GRS in the coming PRN17

Dr Joachim Gunsalam...majority of the party supreme council members...

Rasuah mineral Sabah: Dua ADUN dan ahli perniagaan akan didakwa 30 Jun

Azam Baki...keputusan untuk mendakwa ketiga-tiga individu itu dibuat selepas...

MACC detains Sabah assistant minister linked to mining licenses issue

KOTA KINABALU : - The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC)...

Rural communities vulnerable to online scams, says assemblyman

SANDAKAN: Rural communities in Sabah continue to be exposed...

Topics

ADUN Elopura beri maklumat kepada SPRM tentang isu salahguna kuasa rumah SMJ

SANDAKAN : - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.55...

PBS will stick with GRS in the coming PRN17

Dr Joachim Gunsalam...majority of the party supreme council members...

Rasuah mineral Sabah: Dua ADUN dan ahli perniagaan akan didakwa 30 Jun

Azam Baki...keputusan untuk mendakwa ketiga-tiga individu itu dibuat selepas...

MACC detains Sabah assistant minister linked to mining licenses issue

KOTA KINABALU : - The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC)...

Rural communities vulnerable to online scams, says assemblyman

SANDAKAN: Rural communities in Sabah continue to be exposed...

Isu tanah Kg Karamunting hampir selasai – George Hiew

SANDAKAN : - Isu pertikaian tanah yang berlarutan sejak...

English proficiency important skill for tourism and strong foundation for future employment

Datuk Joniston Bangkuai alongside Kota Kinabalu Rotary Club president...

Intense battle lies ahead for Merotai in the PRN hot seat

Datuk Ruji Ubi (left) retired CEO ESSCOM is likely...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img