Friday, September 13, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Mahkamah putuskan rayuan akhir Peter Anthony 27 November ini

KUALA LUMPUR : – Rayuan akhir bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony terhadap sabitan dan hukuman kerana memalsukan dokumen berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan diputuskan pada 27 November ini.

Menurut lapuran Bernama, perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin pada Isnin  ini manakala peguam Datuk Nicholas Kow Eng Chuan, yang mewakili Peter, 53, mengesahkan tarikh tersebut.

Kedua-dua pihak selesai berhujah pada 1 Ogos lepas di hadapan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin.

Ini adalah rayuan terakhir Peter selepas Mahkamah Tinggi pada 18 April tahun lalu menolak permohonannya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM50,000 yang dijatuhi Mahkamah Sesyen pada 26 Mei 2022.

Popular Articles