Wednesday, July 9, 2025

Sabah hanya punyai 28 orang Pegawai Kerja Sosial Perubatan: Hajiji

KOTA KINABALU: Sabah hanya mempunyai seramai 28 orang Pegawai Kerja Sosial Perubatan (PKSP) berkhidmat di sebanyak 24 buah hospital seluruh negeri merangkumi hospital negeri, hospital pakar major dan minor, hospital tanpa pakar serta hospital institusi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, jumlah itu tidak mencukupi untuk menangani permasalahan pesakit yang memerlukan intervensi lanjut ke arah mencapai kefungsian sosial yang optimum.

Beliau berkata, Sabah merupakan sebuah negeri yang besar dan kebolehcapaian kepada perkhidmatan kesihatan bagi mereka yang tinggal di pedalaman akan menghadapi beberapa halangan disebabkan faktor geografi dan kemudahan pengangkutan serta keadaan sosio ekonomi keluarga.

“Hanya terdapat 28 orang PKSP yang ada bagi mengendalikan kes-kes yang dirujuk untuk bantuan psikososial dan kewangan bagi pembelian peralatan dalam memenuhi keperluan rawatan, sudah tentujumlah initidak mencukupi”, katanya ketika merasmikan Persidangan Pegawai Kerja Sosial Perubatan (PKSP) Malaysia ke-27 di Ballroom Hotel 7 Suria pada Rabu.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Kewangan Negeri, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.

Hajiji berkata, kos perubatan semakin meningkat pada masa ini secara langsung memberikan kesan besar kepada kemampuan rakyat mendapatkan rawatan kesihatan.

Menurutnya ekoran terkesan dari segi ekonomi, didapati jumlah pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan mengalami peningkatan dan menambah lagi cabaran kepada warga kesihatan untuk menyediakan perkhidmatan yang berkesan dan menyeluruh.

Sehubungan ini katanya, perkhidmatan kerja sosial perubatan menjadi amat signifikan bagi memenuhi keperluan pesakit yang semakin kompleks dan dinamik, sejajar dengan aspirasi reformasi kesihatan negara iaitu sistem kesihatan yang saksama dan berpaksikan rakyat.

Justeru, PKSP memainkan peranan membina jaringan kerjasama dengan agensi kerajaan dan swasta yang menyediakan sumber bantuan bagi membantu pesakit miskin dan tidak berkemampuan semasa menerima rawatan atau pemulihan.

Mereka juga dapat membantu pesakit (klien) untuk mencapai kesihatan yang lebih baik melalui sistem penyampaian perkhidmatan yang berkualiti tinggi.

“Pesakit di negeri ini mempunyai cabaran tambahan apabila mendapatkan rawatan di hospital, institusi dan klinik kesihatan berikutan isu demografi negeri dan jarak rumah mereka di pedalaman.

Oleh itu, PKSP perlu menggunakan teknologi terkini selaras dengan perkembangan semasa dalam memberikan perkhidmatan kepada pesakit.

“Iktibar perlu diambil seperti semasa berlakunya wabak COVID-19.”

“Walaupun tidak dapat berinteraksi secara bersemuka dengan pesakit, namun perkhidmatan diteruskan melalui kaedah teknologi terkini seperti konsultasi secara maya agar kesihatan dan kebajikan pesakit terus terpelihara, terutama pesakit yang tidak dapat hadir untuk sesi konsultasi susulan di fasiliti rawatan”, katanya.

Hajiji berharap PKSP sentiasa komited meneroka sumber-sumber baharu bagi memenuhi keperluan pesakit secara holistik dari segenap segi dalam proses mentransformasikan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada semua peringkat rakyat.

Beliau juga berharap Persidangan PKSP Malaysia ke-27 yang bertemakan ‘Keharmonian Hidup: Transformasi Masa Depan Bersama’ akan membuahkan hasil yang memberi manfaat bukan saja kepada PKSP, juga kepada rakyat Sabah keseluruhannya.

“Kepada semua PKSP, teruskan momentum dan usaha profesional dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pesakit terutamanya pesakit yang kurang berkemampuan”, tegasnya.

Hot this week

Court sets Aug 20 to hear Peter Anthony’s bid for review

Datuk Peter Anthony seeks review of conviction ahead of...

Hajiji will dreams about the best date to dissolve the State Assembly

Hajiji speaking to the media at the State Assembly...

KGKS supports the call for KPM to provide guidelines for instructions via social applications

Murkam...teachers shouldn't be unnecessarily disturpbed after working hours by...

Sabah’s 40% Entitlement Case: Full Hearing on Monday – July 7

Datuk James Ligunjang...members of the public encouraged to attend...

Sabah Assembly dissolves automatically on Nov 11 if not earlier

Kadzim...the five-year term of the State Assembly is counted...

Topics

Court sets Aug 20 to hear Peter Anthony’s bid for review

Datuk Peter Anthony seeks review of conviction ahead of...

Hajiji will dreams about the best date to dissolve the State Assembly

Hajiji speaking to the media at the State Assembly...

KGKS supports the call for KPM to provide guidelines for instructions via social applications

Murkam...teachers shouldn't be unnecessarily disturpbed after working hours by...

Sabah’s 40% Entitlement Case: Full Hearing on Monday – July 7

Datuk James Ligunjang...members of the public encouraged to attend...

Sabah Assembly dissolves automatically on Nov 11 if not earlier

Kadzim...the five-year term of the State Assembly is counted...

Sabah Political Stability Under Threat: External and Internal Conspiracies Aimed at Undermining Autonomy and Progress

By Datuk James Ligunjang J.P Former State Assemblyman  The political landscape...

PH Sabah to present joint manifesto ahead of state election

Mustapha...highlighting issues close to the hearts of Sabahans. KOTA KINABALU...

Menteri WP nafi Madius dilantik Pengerusi baharu Perbadanan Labuan

Zaliha…Beberapa individu berpotensi sedang dinilai secara teliti untuk jawatan...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img