Thursday, November 21, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Guru Besar mainkan peranan penting kejayaan transformasi pendidikan digital

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor beramah mesra dengan sebahagian guru besar yang hadir sempena Majlis Perasmian Persidangan Agung dan Konvensyen Persatuan Guru Besar Malaysia Negeri Sabah Kali Ke-2 di ITCC Penampang pada Khamis.

PENAMPANG:  Guru  besar  memainkan  peranan  amat  penting  dalam  memastikan kejayaan transformasi  pendidikan  digital  sekolah  di  negeri  ini,  kata  Ketua  Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Beliau  berkata, guru  besar adalah  pemimpin yang  membawa  perubahan,  memberi inspirasi  dan  bimbingan  kepada  guru-guru  serta  pelajar-pelajar di  sekolah  masing- masing.

Oleh itu, adalah penting kepada guru besar untuk terus meningkatkan pengetahuan dan  kemahiran  dalam  bidang teknologi  pendidikan.

Kerajaan  negeri  komited  untuk menyokong pelbagai inisiatif dan program yang bertujuan meningkatkan infrastruktur digital di sekolah-sekolah.

Era digital telah membawa perubahan dalam setiap aspek kehidupan kita, termasuk dalam   bidang   pendidikan.

“Oleh   itu,   adalah   menjadi  tanggungjawab   kita   untuk memastikan  bahawa  sistem  pendidikan  turut  beradaptasi  dengan  perubahan  ini,” katanya.

Pendidikan  digital  bukan  sahaja  sekadar  penggunaan  alat  teknologi  dalam  proses pengurusan, pengajaran dan pembelajaran.

“Pendidikan digital adalah penting untuk kita membudayakan penggunaan teknologi sebagai  bahan   interaktif   untuk   meningkatkan   kualiti   pembelajaran,   memupuk pemikiran kritis, dan melahirkan generasi yang inovatif dan kreatif,” katanya.

Beliau  berkata  demikian  ketika  merasmikan  Persidangan  Agung  dan  Konvensyen Persatuan Guru Besar Malaysia Negeri Sabah Kali Kedua di ITCC Ballroom di ITCC d i sini pada
Khamis.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyaksikan penyerahan replika cek Bantuan Aktiviti PIBG Sabah (BAGUS) daripada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr. Haji Mohd Arifin Haji Mohd Arif kepada Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin sempena Majlis Perasmian Persidangan Agung dan Konvensyen Persatuan Guru Besar Malaysia Negeri Sabah Kali Ke-2 di ITCC Penampang pada Khamis.

Dalam pada itu, beliau berkata   aspek kualiti dan kecemerlangan pendidikan harus menjadi fokus utama dalam setiap program mendidik para pelajar.

“Pendidikan berkualiti bukan saja mampu melahirkan modal insan yang unggul dan berkemahiran, malah akan menyediakan aset pembangunan sosial yang dinamik dan berdaya saing.

“Sememangnya adalah menjadi hasrat kerajaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan di  negeri  ini  secara  berterusan.  Saya  berharap  persidangan  ini  berjaya  mencapai objektifnya sekali gus mampu meningkatkan lagi kualiti pendidikan d i negeri ini.
“Saya  percaya  bahawa  dengan  kerjasama  dan  dedikasi  kita  semua,  kita  mampu membawa  pend idikan  di negeri  kita  ke  tahap  yang  lebih  tinggi  dan  memastikan generasi masa depan kita bersedia untuk menghadapi cabaran dunia digital,” katanya.

Dalam   perkembangan berkaitan    beliau    berkata    kerajaan    menerusi    Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya, turut melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memperkasa  dan  mempercepatkan  pembangunan  prasarana  teknologi  digital  di Sabah.

“Semua inisiatif yang kita laksanakan ini adalah bagi mempercepat pelaksanaan Pelan Strategik Kerajaan Digital di negeri ini menjelang tahun 2025.

“Kerajaan juga  sudah siap  memasang semua 300  buah  peranti  Starlink di seluruh kawasan  Sabah,  pada  bulan  Mei  lalu,  yang  dikenal  pasti  mempunyai  masalah sambungan  internet  sebagai  penyelesaian  interim  kepada  kawasan  berkenaan,” katanya.

Beliau   percaya   dengan  segala   inisiatif   diambil   ini   dapat   meningkatkan   kualiti pendidikan di negeri Sabah.





Popular Articles