Tuesday, July 15, 2025

Gelanggang di Kampung Pelakat tempat latihan pesilat di Sipitang – Dr Yusof

Yusof menandatangani di papan tanda sebagai simbolik perasmian Gelanggang Persatuan Seni Silat Cekam Harimau Ghaib Kampung Pelakat.

SIPITANG: Pembukaan Gelanggang Persatuan Seni Silat Cekam Harimau Ghaib (PSSCHG) Cabang Kampung Pelakat tepat pada masanya dalam menyediakan kemudahan latihan kepada peminat sukan silat di daerah ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob berharap dengan adanya kemudahan ini dapat mengasah bakat pesilat-pesilat muda untuk dapat bersaing di peringkat lebih tinggi.

Katanya, acara silat merupakan salah satu acara sukan yang termasuk dalam beberapa kejohanan antarabangsa dan dunia.

“Saya menyokong usaha pembukaan gelanggang ini sebagai satu aktiviti yang ada matlamat tersendiri,” katanya ketika merasmikan Gelanggang PSSCHG Cabang Kampung Pelakat, kelmarin.

Hadir sama, YDP PSSCHG Labuan Mohammad Khairul Abd Ghani, Pengerusi PSSCHG Labuan Aziz Jaafar dan Pengerusi Gelanggang PSSCHG Kampung Pelakat Tamin@Roy Yacob.

Dr Yusof yang juga Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad berkata, penting bagi pemimpin atau ketua badan-badan persatuan harus mengambil peranan maaing-masing membawa ahli khususnya golongan muda dalam aktiviti yang sihat.

Katanya, ini memerlukan pemimpin setiap persatuan harus fokus dalam memastikan persatuan mereka aktif dan melaksanakan aktiviti yang bermanfaat kepada ahlinya.

Hot this week

PBS, STAR should prioritise youth aspirations in choosing candidates for 2025 State Elections

Prem Bechile Kitingan KOTA KINABALU : - The leadership of...

Belia Kiulu diiktiraf atas sumbangan kepada komuniti

Joniston bersama belia yang menerima anugerah pembangunan komuniti di...

Kiulu youth recognised for community impact

Joniston with youth at the Santai Pitimungan Belia Kiulu...

Strong sentiment for GRS to go solo in the coming State election

Dr Jeffrey (left) and Dr Joachim during the press...

Want to collaborate, PH have to use GRS symbol in PRN17 – Dr Joachim

PENAMPANG : Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, the acting...

Topics

Keningau to host the first Dusunic Sabah Carnival in August

Lawrence Gimbang...the carnival encourage the use of Dusunic language...

Honouring Sabah’s rights dispel suspicion, lead to a harmonious and united Malaysia

Joniston..The 'Rumah Kita, Kita Jaga' slogan is not anti-Federal...

Sekolah Visi Sandakan Cemerlang di BIICC 2025 Kuching, Sarawak

Pemenang Anugerah Pingat Emas 5 Emas, 2 Perak, 7 Gangsa...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img