Wednesday, October 9, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Hajiji: Kerajaan bersikap adil kepada semua rakyat, termasuk pembangkang

Hajiji disambut oleh ahli-ahli parti setibanya di Mesyuarat Tahunan Gagasan Rakyat Bahagian Sulaman Tahun 2024 di Dewan Seri Sulaman, Tuaran pada Ahad.

Hajiji bersama pemimpin Gagasan Rakyat Bahagian Tuaran semasa Mesyuarat Tahunan bahagian itu di Dewan Seri Sulaman, Tuaran pada Ahad.

HAJIJI…”Ramai juga yang tidak suka saya, tapi itu tidak mengapa, saya tidak simpan dalam hati.”

TUARAN: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) – Pakatan  Harapan (PH) Plus bersikap adil terhadap semua pihak di negeri ini, termasuk pembangkang meskipun tidak sehaluan dalam politik.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata walaupun pelbagai kritikan  dan  fitnah  dilemparkan  terhadap  dirinya  dan  kerajaan  pimpinannya,  soal keadilan tetap menjadi pegangan beliau.

Katanya, atas prinsip itu, beliau berusaha sebaik mungkin memberikan layanan yang adil kepada semua rakyat negeri ini tanpa mengira latar belakang politik, kaum dan agama.

Malah, katanya beliau sendiri meluluskan permohonan pemimpin pembangkang yang memohon   biasiswa   daripada   kerajaan   negeri   untuk   anak   mereka   atas   dasar keprihatinan beliau terhadap anak-anak Sabah.

“Azis Jaman (Ketua Penerangan Warisan, Datuk MohdAzis Jaman) punya permohonan biasiswa untuk anaknya pun saya luluskan…apa lagi yang kita tidak buat. Saya adil apabila dia dan isteri datang jumpa di pejabat. Kerana keprihatinan saya, anak-anak itu mesti ditolong dan kita luluskan biasiswa untuk dia. Saya tidak pernah fikir hanya untuk ahli parti saya saja, tapi untuk semua.

“Ada juga anak pemimpin pembangkang lain yang mendapat kemudahan, kita bagi. Saya  tidak  sanggup  (mengabaikannya).  Kita  tiada  balas  dendam,  kita  tidak  tekan sesiapa  walaupun  kita  adalah  kerajaan,”  katanya    ketika  merasmikan  Mesyuarat Tahunan Bahagian 2024 Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Sulaman di Dewan Seri Sulaman, di sini, pada Ahad.

Hajiji yang juga Presiden Gagasan Rakyat, berkata atas prinsip keadilan itu juga beliau mahu pemimpin di peringkat akar umbi seperti ketua cawangan, Ketua Kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) juga bertindak dengan adil.

“Mana-mana  rakyat  kita  yang  perlu  bantuan  di  kampung, jangan  pilih  kasih,  bagi maklumat yang betul kepada kerajaan atau kepada wakil rakyat.

“Ini prinsip saya pegang selama 35 tahun sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman, tanyalah kawan-kawan di sini. Sebagai manusia, ramai juga yang tidak suka saya, tapi itu tidak mengapa, saya tidak simpan dalam hati”, katanya.
Sementara   itu,   beliau   menyifatkan   kritikan   pembangkang   terhadap   kerajaan pimpinannya  ketika  ini  sebagai tindakan yang  sengaja  ‘membutakan  mata’  kerana enggan mengakui kesilapan mereka ketika menjadi kerajaan sebelum ini.

Hajiji memberi contoh, isu air dan jalan raya yang sering diperkatakan pembangkang ketika ini bukan masalah baharu, sebaliknya diwarisi daripada kerajaan sebelum ini berikutan beberapa tindakan tidak wajar yang dilakukan mereka.

Katanya, ia termasuk menukar syarikat konsesi sedia ada dengan syarikat lantikan mereka  hingga  kerajaan  terpaksa  membayar  ratusan  juta  pampasan  berikutan penamatan konsesi syarikat sebelum ini.

“Mereka  sudah  diberi  kepercayaan,  tapi  apa  mereka  buat  dua  tahun  setengah memerintah  melainkan  membalas dendam dengan  memotong  kontrak yang dilulus kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Masalah air dan jalan raya sekarang, apabila mereka ambil alih kerajaan, tiada lain dibuat selain memotong kontrak yang sudah ada perjanjian mengurus loji air atau jalan di kampung.

“Akibat pembatalan yang mereka buat itu, kerajaan terpaksa bayar beratus juta kepada konsesi ini. Mereka lantik kontraktor baharu dan itulahjadi tidak ketentuan. Contohnya, air paip masin di Sandakan, itu kontraktor lantikan mereka.

“Tapi, dalam media sosial kata GRS gagal. Siapa sebenarnya yang gagal, merekalah yang gagal. Sebab itu ketika mereka bubar Dewan Undangan Negeri (DUN), mereka kalah,” katanya.
Pengerusi  GRS  itu  menyifatkan  pembangkang  hanya  pandai  bercakap  besar  dan menyalahkan  kerajaan  sekarang tanpa  mempedulikan  apa yang  dilakukan  mereka sebelum ini.

Sehubungan itu, katanya keinginan pembangkang untuk kembali menjadi kerajaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang hanyalah mimpi kerana beliau yakin rakyat Sabah bijak menilai untuk memilih parti atau gabungan parti yang benar-benar mampu membawa Sabah ke arah kemajuan.






Popular Articles