Tuesday, September 17, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Kampung Bundu Tuhan anjur Festival Mongigol

Dr Joachim (tengah) bergambar kenangan dengan semua yang hadir dalam Festival Mongigol Bundu Tuhan 2024, yang diadakan selama tiga hari bermula Jumaat (6 September) di Dewan Siba, Bundu Tuhan, Ranau.

KUNDASANG : – Timbalan Ketua Menteri II yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam merasmikan Festival Mongigol Bundu Tuhan 2024 yang diadakan di Dewan Siba Kampung Bundu Tuhan, di sini, Jumaat (6 Sept).

Festival itu berlangsung selama tiga hari.

Dr. Joachim menyuarakan kebanggaan beliau melihat belia dan beliawanis kampung tersebut melibatkan diri secara aktif dalam festival yang mengangkat budaya dan tradisi mereka.

Bundu Tuhan juga merupakan satu kebanggaan kepada Ranau kerana melahirkan ramai graduan dalam pelbagai jurusan seperti doktor, peguam, jurutera dan arkitek sejak era tahun 80an, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan itu.

Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pengerusi Penganjur, Adrian Soidi serta seramai 200 orang ahli komuniti Bundu Tuhan yang menjayakan festival itu.

Adrian berkata,  antaranya aktiviti akan diadakan selama tiga hari itu ialah sesi taklimat, pertandingan Hiis, persembahan tarian Mogigol dan cabutan bertuah.

Dr. Joachim turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada Juara Hiis dari Bundu Tuhan yang sudah 7 kali menang di peringkat Negeri.

Hadir sama ialah Ketua Daerah, OKK Dominic Ganie; Pengerusi KDCA Bundu Tuhan, Joaneseh James Ghani; Pengerusi Jawatankuasa dan Protokol Bundu Tuhan (JKPA), Johnny Ganie; Ketua-ketua Kampung, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta para pelajar dari Sk Bundu Tuhan dan SMK Bundu Tuhan Ranau.

Popular Articles