Monday, June 23, 2025

MA63: Pemberian khas interim Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM600 juta: TPM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, (kanan) Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor (dua kanan) dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg (kiri) ketika menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Khamis. – Gambar Bernama.

Fadillah, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal MTPMA63, berkata walaupun kadar itu disemak setiap lima tahun tetapi Perdana Menteri memutuskan untuk menaikkan pemberian khas berkenaan lebih awal.

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan bersetuju menaikkan kadar pemberian khas interim untuk Sabah dan Sarawak daripada RM300 juta kepada RM600 juta mulai tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang berlangsung lebih dua jam dan turut dihadiri Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor serta Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Fadillah, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal MTPMA63, berkata walaupun kadar itu disemak setiap lima tahun tetapi Perdana Menteri telah memutuskan untuk menaikkan pemberian khas berkenaan lebih awal.

“Tahun lepas telah diumumkan sebanyak RM300 juta untuk setiap negeri. Tadi (dalam mesyuarat MTPMA63) Perdana Menteri memutuskan untuk menaikkan kadar interim ini daripada RM300 juta kepada RM600 juta untuk setiap negeri (Sabah dan Sarawak). Maknanya sekali ganda kenaikan.

“Ini akan bermula pada tahun 2025. Sepatutnya ia diumumkan sewaktu Bajet tetapi Perdana Menteri mengumumkkan dalam mesyuarat kali ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat itu yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini.

Turut hadir ketiga-tiga Timbalan Ketua Menteri Sabah iaitu Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam dan Datuk Shahelmey Yahya serta Timbalan Premier Sarawak iaitu Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Fadillah berkata pengumuman itu hanya melibatkan bayaran interim kerana formula pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak belum dimuktamad.

Beliau juga berkata terdapat empat isu belum yang diputuskan pada mesyuarat hari ini termasuk duti setem, pelantar benua dan royalti. 

Selain itu, katanya mesyuarat bersetuju supaya perkara dalam kategori agree to disagree dibawa ke peringkat paling tinggi untuk dibincangkan iaitu antara Perdana Menteri, Ketua Menteri Sabah dan Premier Sarawak.

Fadillah berkata pihaknya akan mengemas kini hasil perbincangan berkaitan isu itu kepada Perdana Menteri dalam tempoh tiga bulan.

“Kerajaan MADANI sentiasa komited untuk memastikan tuntutan di bawah MA63 diselesaikan dengan segera demi kesejahteraan rakyat Malaysia keseluruhannya.

“Perkara atau tuntutan lain berkaitan MA63 yang masih belum selesai akan terus dibincang dan dipantau dalam platform rundingan lain iaitu Jawatankuasa Teknikal di bawah MTPMA63 bagi memastikan tuntutan yang masih belum selesai tersebut diambil tindakan sewajarnya,” katanya. – scoop.com

Hot this week

Intense battle lies ahead for Merotai in the PRN hot seat

Datuk Ruji Ubi (left) retired CEO ESSCOM is likely...

Emin Madi: PGDK penghargaan amat besar Negeri Sabah untuk diri, Bernama

Emin menerima anugerah PGDK daripada Tun Musa Aman. KOTA KINABALU:...

Sabah on world map as  conservation hub

By Emin MadiKOTA KINABALU : -  The legacy of...

“Sabahan No 1” reflects BN’s true struggle

Salleh...BN does not rely on sentiments but on hard...

Veteran journalist Emin Madi heads 19 media practitioners to receive State Awards from TYT

Emin Madi … PGDK Yong Ted Phen...ASDK KOTA KINABALU :  -...

Topics

Intense battle lies ahead for Merotai in the PRN hot seat

Datuk Ruji Ubi (left) retired CEO ESSCOM is likely...

Emin Madi: PGDK penghargaan amat besar Negeri Sabah untuk diri, Bernama

Emin menerima anugerah PGDK daripada Tun Musa Aman. KOTA KINABALU:...

Sabah on world map as  conservation hub

By Emin MadiKOTA KINABALU : -  The legacy of...

“Sabahan No 1” reflects BN’s true struggle

Salleh...BN does not rely on sentiments but on hard...

Veteran journalist Emin Madi heads 19 media practitioners to receive State Awards from TYT

Emin Madi … PGDK Yong Ted Phen...ASDK KOTA KINABALU :  -...

Social media is full of nonsense

By C C PungJustice of Peace YET everyone I know...

Presiden Warisan nafi lupus NPL semasa jadi Ketua Menteri Sabah

Shafie Apdal...tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap...

Malicious and baseless allegations, outright lies

Media StatementBy Datuk Seri Panglima Mohd Shafie ApdalPresidentWARISAN1. I...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img