KOTA KINABALU: Tadika Stella Maris (TSM) Tanjung Aru telah merayakan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah baru-baru ini.
Acara dimulakan dengan nyanyian Negara Ku, lagu Sabah Tanah Airku dan lagu Sekolah.
Seterusnya istiadat perbarisan dijalankan semua murid-murid membawa Jalur Gemilang dan bendera Sabah dengan penuh semangat.
Sambutan ini juga dimeriahkan dengan quiz meneka bendera-bendera negeri di Malaysia.
Setelah itu, nyanyian kumpulan persembahan oleh murid 6 tahun bertajuk “Tanggal 31”.
Semua murid juga melafaz ikrar 5 Rukun Negara yang dipimpin oleh adik Leticia Syra Christopher.
Acara diakhiri dengan laungan “Merdeka!” sebanyak 7 kali.
Menurut Guru Besar TSM, Sr Lucy A Embayan, sambutan itu bertujuan memupuk semangat cintakan negara kepada kanak-kanak yang telah berjaya diadakan dengan cemerlang.
Segala perancangan dan pesiapan untuk sambutan telah diadakan seminggu sebelum sambutan seperti seperti aktiviti membuat kipas Malaysia, mewarna gambar bunga kebangsaan dan menulis 5 Rukun Negara.