Sunday, June 15, 2025

Gagasan Rakyat Sindumin sokong PR Hajiji terus terajui Kerajaan Negeri

Hajiji Menandatangani plak perasmian Pejabat Gagasan Rakyat Bahagian Sindumin

SIPITANG: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Sindumin menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Panglima Hajiji Noor untuk terus menjadi Ketua Menteri Sabah.

Ketua Bahagiannya Datuk Dr Yusof berkata, dibawah kepimpinan Hajiji sebagai Ketua Menteri berjaya membawa Sabah ke satu peringkat yang positif terutama ekonomi.

Katanya, beberapa strategi dilaksanakan berjaya menjana ekonomi dan berkembang positif.

“Rangka ekonomi yang berkesan dan jelas berjaya meningkatkan pendapatan negeri hampir RM7 bilion pada tahun lepas,” katanya pada majlis perasmian Mesyuarat Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Sindumin di Dewan Terbuka Dataran QSS Mesapol

Mesyuarat dirasmikan Hajiji dan turut hadir dua naib presiden Gagasan Rakyat Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif, Datuk Rubin Balang dan Setiausaha Agung Datuk Razali Razi.

Dr Yusof yang juga Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad berkata, bagi meneruskan usaha positif membangunkan Sabah ini, kestabilan politik amat diperlukan.

“Elakkan perkara yang boleh menjejaskan usaha ini dan berilah sokongan sehingga matlamat membangunkan Sabah, tercapai,” katanya.

Pada masa sama, perjuangan hak-hak Sabah dibawah Perjanjian Malaysia 1963 terus diperjuangkan oleh Kerajaan Negeri dibawah pimpinan Hajiji menerusi perundingan dengan Kerajaan Persekutuan.

Menurutnya, terbaru, Kerajaan Persekutuan menerusi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mengumumkan kenaikan sekali ganda kepada RM600 juta daripada RM300 juta pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, pemberian khas ini sudah tentu digunakan untuk meningkatkan prasarana dan infrastruktur yang masih diperlukan khususnya di kawasan pedalaman Sabah.

Hot this week

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...

Kerajaan disaran bantu industri media tempatan hadapi cabaran semasa

Datuk Lichong Angkui berucap di majlis kemuncak sambutan Hari...

Topics

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...

Kerajaan disaran bantu industri media tempatan hadapi cabaran semasa

Datuk Lichong Angkui berucap di majlis kemuncak sambutan Hari...

Let’s not rewrite history: The real backdoor Chief Minister was Shafie Apdal

Commentary by Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos MalakunSabah Economic...

Stronger social media influence in the 2025 Sabah elections

Ch'ng...traditional media may continue, but the dissemination of information...

Local veteran journalist supports the holding of HAWANA in Sabah next year

Bingkasan...HAWANA has been celebrated four times in Peninsular Malaysia...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img