Friday, October 18, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

Warisan punca masalah air bertambah teruk

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) disambut  oleh ahli-ahli parti setibanya di majlis perasmian Mesyuarat Tahunan Gagasan Rakyat Bahagian Pitas Tahun 2024 di Dewan Majlis Daerah Pitas pada Isnin.

Hajiji menyaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas, Dato’ Sri Dr Ruddy Awah yang juga Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Pitas menyerahkan sumbangan
Tabung Tahunan Pendidikan N.13 Pitas kepada wakil pihak sekolah sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Tahunan Gagasan Rakyat Bahagian Pitas Tahun 2024 di Dewan Majlis Daerah Pitas pada Isnin.

PITAS: Tindakan Parti Warisan ketika menjadi kerajaan negeri menamatkan konsesi syarikat yang mengurus operasi loji rawatan air (LRA) di seluruh Sabah sebelum ini, punca utama menyebabkan masalah air di negeri ini bertambah teruk.

Mendedahkan perkara itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata Warisan hanya berbohong apabila menyalahkan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) – Pakatan Harapan (PH) Plus berikutan masalah air yang berlaku pada masa ini.

Katanya, penamatan konsesi sembilan syarikat kontraktor yang dilantik oleh kerajaan terdahulu b ukan saja menyebabkan kerajaan negeri d isaman dan terpaksa membayar pampasan, malah menjejaskan pengurusan bekalan air sedia ada.

“Saya  mahu  jelaskan  kenapa  kita  ada  masalah  air.  Warisan  yang  menyebabkan tambah  teruk  masalah  air  kita  kerana  apabila  mereka  mengambil  alih  kerajaan sebelum ini, mereka berdendam kepada kerajaan terdahulu.

“Apa yang mereka buat ialah mereka tamatkan kontrak konsesi syarikat kontraktor air. Sebanyak sembilan konsesi d itamatkan, jahat fikiran mereka.

Hajiji melakukan gimik perasmian Mesyuarat Tahunan Gagasan Rakyat Bahagian Pitas Tahun 2024 di Dewan Majlis Daerah Pitas pada Isnin.

“Apabila  ditamatkan  konsesi,  bayangkan  kerana  ada  perjanjian,  kerajaan  d isaman, kerajaan rugi bayar RM315 juta kepada syarikat-syarikat konsesi ini,” katanya ketika merasmikan  Mesyuarat  Tahunan  Parti  Gagasan  Rakyat  Sabah  (Gagasan  Rakyat) Bahagian Pitas di Dewan Majlis Daerah Pitas, pada Isnin.

Ketua Menteri berkata, selepas konsesi syarikat terbabit d itamatkan, kerajaan Warisan melantik   syarikat   baharu   pilihan   mereka   yang   tiada   pengalaman   selain   gagal melaksanakan kerja dengan baik untuk mengurus bekalan air di negeri ini.

“Sekarang  mereka  (Warisan)  tuduh  kita  pula,  sedangkan  syarikat  kontraktor  yang mereka lantik sendiri tidak pandai buat kerja. Inilah yang menjadikan masalah air kita sekarang bertambah teruk.
“Rakyat tidak tahu perkara ini sedangkan kerajaan Warisan sebelum  ini yang tidak buat kerja dengan betul kerana sikap dendam mereka,” katanya.

Pada Disember 2018, Menteri Pembangunan Infrastruktur dibawah kerajaan Warisan pada masa itu, Datuk Peter Anthony mengumumkan penamatan konsesi syarikat yang mengurus 58 LRA di Sabah berkuatkuasa pada Januari 2019.
Syarikat  terbab it  yang  dilantik  kerajaan  terdahulu  pada  2013  mempunyai  kontrak perjanjian selama 20 tahun untuk mengurus LRA di negeri ini.


Berikutan penamatan perjanjian itu, kerajaan negeri d isaman dan terpaksa membayar pampasan antara RM22 juta hingga RM54 juta bagi setiap syarikat kontraktor dengan jumlah keseluruhan pampasan d i bayar kerajaan sebanyak RM315.2 juta.


Hajiji berkata, selepas mengambil alih kerajaan negeri pada September 2020, beliau d inasihatkan untuk membatalkan konsesi syarikat kontraktor baharu dilantik kerajaan Warisan sebelum itu, namun langkah itu dilihat menambahkan lagi be ban kerajaan.


“Kalau  kita  buat  begitu,  kerajaan d isaman  lagi dan  kita  kena  bayar  lagi  pampasan kepada  syarikat  konsesi  baharu  itu.  Jadi,  saya  kata  teruskan  saja  hingga  tamat konsesi.


“Saya tidak pandai berdendam atau kacau orang. Saya tidak tamatkan kerja mereka kerana  saya  prihatin,  saya  kata  teruskan  saja  kerja.  Kalau  saya  macam  mereka (Warisan)  banyak  sudah  di buang,  tapi  saya  tidak  buat  begitu  kerana  kita  mesti timbang rasa dan beri keadilan,” katanya.


Berikutan  itu,  Hajiji  yang  juga  Presiden  Gagasan  Rakyat  meminta  rakyat  tidak terpengaruh  dengan  pembohongan Warisan yang  ketika  ini  giat  melakukan jelajah menyampaikan ceramah di seluruh negeri.


Katanya,  beliau diserang siang dan malam dengan  pelbagai fitnah dan cerita tidak benar  oleh  Warisan,  namun  fakta  menunjukkan  kerajaan  pimpinannya  melakukan yang  terbaik  berpandukan  hala  tuju  pembangunan  Sabah  Maju  Jaya  (SMJ)  yang digariskan.


Sementara itu,  Hajiji yang juga  Pengerusi GRS  berkata Pilihan  Raya  Negeri  Ke-17 (PRN17) boleh diadakan lebih awal jika  beliau memutuskan untuk  mengadakannya sebelum tarikh tamat tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) sekarang.


“PRN akan datang paling akhir pada Oktober tahun depan, jadi saya fikirlah bila kita akan adakan PRN. Kalau saya fikir awal, maka awal lah, kerana itu, kita kena bersiap sed ia dari sekarang,” katanya.

Popular Articles