Saturday, April 19, 2025

Tiada pencerobohan kali kedua, sifar KFR misi ESSCOM

DCP Datuk Victor Sanjos

LAHAD DATU : – Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) meletakkan tiada lagi pencerobohan kali kedua dan sifar penculikan atau Kidnap For Ransom (KFR) sebagai dua misi utama ESSCOM.

Demikian amanat Komander ESSCOM, DCP Datuk Victor B Sanjos kepada seluruh warga ESSCOM semasa Majlis Perhimpunan ESSCOM bersempena dengan pelancaran  logo  dan  bendera  ESSCOM  serta  peta  Zon  Selamat  Sabah  Timur (ESS Zone) yang baharu.

Susulan  itu, Victor  berharap  melalui  penjenamaan  ini  akan  menyemarakkan  lagi semangat seluruh warga ESSCOM dalam merealisasikan dua misi utama itu tadi seterusnya menjadikan ESS Zone sebagai tempat yang selamat dan sejahtera.

“Justifikasi penjenamaan ESSCOM dan ESS Zone ini penting bagi mengembalikan keyakinan   masyarakat   terhadap   tahap   keselamatan   di   ESS   Zone   bertujuan membangunkan sosioekonomi di pantai Timur Sabah.

“Justeru, saya dengan rendah hati memohon kerjasama penuh dan bantuandaripada rakan-rakan media supaya membantu ESSCOM menguar-uarkan perkara ini dalam pemberitaan demi mencapai hasrat memajukan pantai Timur Sabah,” tambah Victor lagi.

Sementara   itu,   Ketua   Pegawai   Eksekutif   (CEO)   ESSCOM,   YBhg.   Datuk Dr. Jamaluddin  bin  Mohd. Ali semasa  menyampaikan aluannya  menyeru seluruh warga  ESSCOM  menghayati  nilai  dua  akronim  yang  diperkenalkan  oleh  Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar iaitu MERDEKA dan MALAYSIA dalam penugasan seharian.

Terdahulu penjenamaan logo dan bendera ESSCOM serta warna peta ESS Zone telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bersama ESS Zone dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Menteri SabahDatuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor pada 25 Julai 2024 yang lalu.

Pada majlis sama yang dihadiri oleh 130 orang warga ESSCOM ini, turut diadakan pelancaran sistem e-Keanggotaan  ESSCOM dan e-Demografi  ESS Zone secara
‘in-house’ bertujuan memudahkan urusan kerja seharian warga ESSCOM.

Pewujudan sistem ini didasari oleh penggunaan teknologi kecerdasan buatan atau AI dan  hasrat  ESSCOM bukan sahaja  untuk dikenali sebagai  pusat  keselamatan di pantai Timur Sabah tetapi juga sebagai pusat maklumat di ESS Zone.

Turut hadir Timbalan Komander ESSCOM, Brigadier Jeneral Mohamad Ismail bin Kamarudin, Ketua-Ketua Staf, Pengarah-Pengarah Awam, pegawai-pegawai kanan ESSCOM serta warga ESSCOM.

Hot this week

The forthcoming State election a litmus test for Hajiji’s leadership

Dr Kanul Gindol...the ruling coalition is a GRS-PH Plus...

Dr Joachim wakili Ketua Menteri di Majlis Hari Raya Madani Lahad Datu

Dr Joachim menyampaikan sumbangan Aidilfitri Madani kepada anak-anak yatim. Dr...

KLK Borneo Sevens 2025 DAY 1 April 19

Malaysian University players trying to stop an Eagles RFC...

Healthy lifestyle campaign to encourage new behaviour among UMS students

UMS Faculty of Social Sciences and Humanities Dean Professor...

SAREC 2025 to unlock new opportunities in Sabah renewable energy sector

KOTA KINABALU (: Qhazanah Sabah Berhad (QSB), a wholly-owned...

Topics

The forthcoming State election a litmus test for Hajiji’s leadership

Dr Kanul Gindol...the ruling coalition is a GRS-PH Plus...

Dr Joachim wakili Ketua Menteri di Majlis Hari Raya Madani Lahad Datu

Dr Joachim menyampaikan sumbangan Aidilfitri Madani kepada anak-anak yatim. Dr...

KLK Borneo Sevens 2025 DAY 1 April 19

Malaysian University players trying to stop an Eagles RFC...

Healthy lifestyle campaign to encourage new behaviour among UMS students

UMS Faculty of Social Sciences and Humanities Dean Professor...

SAREC 2025 to unlock new opportunities in Sabah renewable energy sector

KOTA KINABALU (: Qhazanah Sabah Berhad (QSB), a wholly-owned...

Mostly it is loss which teaches us about the worth of things

By C C PungJustice of Peace I used to reminisce...

Solution-Oriented Political Coalition to Build Sabah

By Chan Loong WeiDAPSY Sabah Chief KOTA KINABALU : -...

Jurulatih legenda bolasepak Sabah Stanley Chew cadang formula penuhkan stadium

Penulis bersama Stanley Chew dalam "kupi-kupi" di Tuaran baru-baru...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img