Thursday, November 21, 2024
spot_img

Top 5 This Week

spot_img

Related Posts

5 pelajar Sabah terima BKNS ke luar negara

Hajiji bergambar bersama pelajar Sabah dan wakil mereka selepas menerima tawaran Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) Ke Luar Negara Tahun 2024 di pejabatnya di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu pada Rabu.

KOTA   KINABALU : –   Ketua   Menteri,   Datuk   Seri   Panglima   Haji   Hajiji   Haji   Noor menyampaikan tawaran  Biasiswa  Kerajaan  Negeri  Sabah  (BKNS)  Ke  Luar  Negara Tahun 2024 kepada 5 orang pelajar Sabah di pejabatnya di Menara Kinabalu pada Rabu.

Hajiji  menyampaikan tawaran Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) ke luar negara kepada Meagan Chin Min Gen (Kursus Undang-Undang, Cardiff University, UK) di pejabatnya di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu pada Rabu.

Lima   pelajar itu  ialah Allen  Martin Jumin  (Kursus  Perubatan-University  College  Dublin, Ireland),  Brenda  Chan  Yi  Lin  (Kursus  Biokimia  -University  of  Manchester,  United Kingdom    (UK)),    Muhammad    Iezhanuddin    Ramlin    (Kursus   Sains    Komputer,- Northumbria University, UK), Meagan Chin Min Gen (Kursus Undang-Undang, Cardiff University, UK) dan Nurul Sabrina Moh Zakir (Kursus Perubatan Veterinar- Universitas Airlangga, Surabaya, Indonesia).

Hajiji menyampaikan tawaran Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) Ke Luar Negara kepada Brenda Chan Yi Lin (Kursus Biokimia -University of Manchester, United Kingdom) di pejabatnya di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu pada Rabu.

BKNS  Ke  Luar  Negara  ditawarkan  kepada  anak-anak  Sabah  yang  memperolehi keputusan terbaik untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.

Turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin Datuk Haji Mohd. Arif yang juga Exco Pendid ikan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr.  Haj i Safar Untong, Ketua Pengarah Perkhid matan Awam  Negeri, Datik Zainudin Aman, Pengarah Bahagian BKNS, Puan Emas Sanjongan Datu Okar dan Ahli Jawatankuasa BKNS.

Sementara   itu,   Hajiji   menerima   kunjungan   hormat   daripada   Pengarah   Agensi Penguatkuasa  Maritim  Malaysia  (Maritim)  Negeri  Sabah  dan  Wilayah  Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik di pejabatnya.

Popular Articles