Monday, June 16, 2025

Sebahagian tanah SFI akan dikeluarkan untuk penduduk di Tenom

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat)  disambut Ketua Bahagian Kemabong Datuk Ruben Balang dan pemimpin serta ahli parti ketibanya di majlis perasmian Mesyuarat Tahunan Gagasan Rakyat Bahagian Kemabong Tahun 2024 di Dewan Sri Ontoros, Kemabong pada Sabtu.

TENOM: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor memberi jaminan akan memastikan sebahagian tanah dalam kawasan Sabah Forest Industry (SFI) di daerah ini dikeluarkan dan diwartakan sebagai tanah perkampungan.

Katanya,  beberapa  ribu  hektar tanah  dalam  kawasan  konsesi  perhutanan  syarikat berkenaan  sudah  dikenal  pasti  untuk  dikeluarkan  supaya  penduduk  dapat  terus mendudukinya secara sah.

Pada masa yang sama, katanya beliau juga akan mengarahkan Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) untuk melaksanakan program  Perkhidmatan Tanah Adat  Negeri Sabah (PANTAS) di daerah ini.

Beliau berkata, ia bagi menyelesaikan tanah yang sudah lama diduduki dan diusahakan penduduk kampung dapat disukat dan dikeluarkan geran kepada pemiliknya.

“Saya nyatakan bahawa kita akan memastikan beberapa ribu ekar tanah dalam SFI dikeluarkan untuk perkampungan rakyat kita di Tenom.

“Begitu  juga  tanah  yang  belum  disukat,  saya  akan  minta  Pengarah  JTU  untuk menggunakan program PANTAS bagi mengukur tanah penduduk supaya tanah yang sudah lama diusahakan diberi geran,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat  Tahunan  Parti  Gagasan  Rakyat  Sabah  (Gagasan  Rakyat)  Bahagian Kemabong di Dewan Sri Ontoros, Kemabong pada Sabtu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima dokumen tuntutan tanah hak asasi masyarakat Daerah Kecil Kemabong daripada wakil pemimpin setempat pada majlis perasmian Mesyuarat Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah Bahagian Kemabong Tahun 2024 di Dewan Sri Ontoros, Kemabong pada Sabtu.

Beliau memberikan maklum balas terhadap beberapa usul yang dikemukakan Ketua Bahagian  Gagasan   Rakyat   Kemabong,   Datuk   Rubin   Balang   berkaitan  dengan kepentingan rakyat kawasan itu.

Bercakap pada sidang media selepas itu, Hajiji berkata beliau akan memanggil syarikat berkenaan bagi membincangkan usul untuk mengeluarkan sebahagian daripada tanah SFI itu.

Hot this week

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...

Kerajaan disaran bantu industri media tempatan hadapi cabaran semasa

Datuk Lichong Angkui berucap di majlis kemuncak sambutan Hari...

Topics

Stop twisting the facts, Daniel – Shafie’s appointment was murky!

Malakun...Let’s set the record straight because Sabahans deserve the...

Food is an essential component of culture

Non halal Nasi Lemak, a popular dish on the...

Malaysia Media Council members announced

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim renewed his media...

Kerajaan disaran bantu industri media tempatan hadapi cabaran semasa

Datuk Lichong Angkui berucap di majlis kemuncak sambutan Hari...

Let’s not rewrite history: The real backdoor Chief Minister was Shafie Apdal

Commentary by Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos MalakunSabah Economic...

Stronger social media influence in the 2025 Sabah elections

Ch'ng...traditional media may continue, but the dissemination of information...

Local veteran journalist supports the holding of HAWANA in Sabah next year

Bingkasan...HAWANA has been celebrated four times in Peninsular Malaysia...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img