Tuesday, July 1, 2025

Yayasan Bank Rakyat bantu bekas pengamal media Sabah

ALBUM: Philip (tiga kanan) dan Syaiful (dua kanan) merakamkan gambar kenangan bersama penerima dan wakil penerima bantuan berkenaan. Kiri sekali ialah Presiden Persatuan Wartawan Sabah Datuk Mugunthan Vanar.

KOTA KINABALU: Yayasan Bank Rakyat (YBR) tampil membantu 3 bekas pengamal media di Sabah untuk membantu mereka yang mempunyai masalah kesihatan.

Mereka adalah Joswan Gulabok @ Joseph Bingkasan, 69, Mohd Amin Muin, 64, serta Barnard Martin Yaang yang merupakan bekas kakitangan media Sabah yang pernah berkhidmat di pelbagai agensi media sebelum bersara.

Sumbangan Datuk Philip Benedict Lasimbang selaku Pengerusi YBR diiringi Syaiful Rizal Abdul Ghani, Pengurus Besar YBR.

KENANGAN: Para pengamal media yang hadir pada majlis itu merakamkan gambar kenangan dengan tetamu-tetamu kehormat.

Setelah tidak bekerja dan tidak mempunyai pendapatan tetap, mereka amat memerlukan dana tambahan bagi menampung kos pembelian ubat-ubatan dan rawatan dialisis yang tinggi kerana menghidapi penyakit kanser prostat, masalah buah pinggang, angin ahmar serta gout kronik.

Pada masa yang sama, YBR turut mengadakan majlis makan malam bagi menyantuni wartawan dan petugas media yang masih di dalam perkhidmatan.

Menurut Philip, inisiatif ini merupakan acara tahunan agar sinergi yang telah terjalin bersama pihak media dapat diteruskan dan kekal mampan.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana hasil daripada kerjasama yang jitu daripada pihak media dalam menyiarkan segala usaha yang dijalankan oleh YBR.

MESRA: Syaiful (kanan) berbincang sesuatu bersama pengamal media ketika di majlis berkenaan.

“Kami akan sentiasa komited serta mempelbagaikan strategi dalam membantu meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi rakyat Malaysia melalui pembangunan pendidikan, pemerkasaan masyarakat serta bantuan penjagaan kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan, kelmarin.

Hot this week

The Ambalat Agreement and Its Benefits for Sabah

By Datuk James Ligunjang J.PFormer Assemblyman CONTRARY to Daniel John...

Hajiji: No immediate action against Dr Yusof, Andi pending legal process

GRS government will not interfere in court case involving...

2 assemblymen, a businessman pleaded not guilty to corruption

Sindumin assemblyman Datuk Dr Yusof Yacob (left) seen arriving...

Dr Jeffrey denies RM1.78 million mining scandal claim

Mulls legal action against news outlet, saying anonymous whistleblower...

PKR Penampang puji sikap PM

Joseph Chang...sikap Perdana Menteri menunjukkan keperibadian terpuji. PENAMPANG: PKR cabang...

Topics

Six more Sabah politicians implicated in corruption

KOTA KINABALU : - Six more politicians in Sabah...

Judicial review – Peter Anthony’s fate will be known on July 9

KOTA KINABALU : - The fate of former Sabah...

MCA Libaran Urges PM to Review New SST Implementation

Chin...list of taxable goods to over 4,000 items would...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img